RUMAH TERBUKA PERAYAAN DEEPAVALI BOLEH MENGERATKAN PERPADUAN KAUM SELURUH NEGARA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

ALBUM....Harmoni di kalangan pemimpin BN pelbagai kaum untuk berkunjung Rumah Terbuka Deepavali.


SANDAKAN:- Kita amat beruntung sekali tinggal di Negara Malaysia yang penduduknya berbilangan kaum dan mempunyai perbezaan adat resam budaya dan anutan kepercayaan agama tetapi masih bisa  menjalinkan keharmonian yang kukuh.

Contohnya apa saja perayaan yang disambut oleh kaum-kaum yang ada di Negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri. Krismas, Kong  Hee Fatt Choi, Pesta Kaamatan dan Deepavali telah sambutan secara rasmi oleh kerajaan untuk mengadakan rumah-rumah terbuka.


Seperti perayaan Deepavali yang disambut kelmarin (10-11-2015) oleh kaum India yang menganut agama Hindu telah disambut di seluruh Negara termasuk Rumah Terbuka Deepavali 2015  di kediaman Pengerusi Malaysian Indian Congress (MIC) di Taman Yen Sheng Jalan Utara iaitu Ganisen.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat pada kunjungan  itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah, Naib Presiden LDP Datuk Lim Ming Ho dan para pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) MCA,PBS dan Gerakan.

Dengan adanya  junjungan itu ia menjurus untuk mengeratkan hububngan baik antara satu sama lain ini sejajar dengan konsep 1Malaysia.




No comments:

Post a Comment