PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN DAP-PKR DAN AMANAH MEMENUI AHLI-AHLINYA SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampaknya sejak kebelakangan ini di mana Parti Amanah Negara dibawah pucuk pimpinan Muhamad Sabu semakin hari semakin mendapat tempat dihati rakayat daripada pelbagai kaum sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah sambutannya amat menggalakan.

Kelmarin satu rombongan Parti Amanah yang diketuai oleh Pengerusi Amanah (PAN) Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah telah mengadakan  lawatan rasmi dibeberapa tempat di Sandakan untuk menemui penduduk dan ahli-ahli PAKATAN HARAPAN.

Antaranya turut menyertai rombongan lawatan tersebut ialah Naib Pengerusi DAP Sandakan Sdr. Frankie Poon Naib Pengerusi DAP Sandakan, comrades DAP Sandakan dgn bantuan dan kerjasama Parti Amanah Negara diketuai oleh Pengerusi N.Sabah Haji Hamzah Haji Abdullah disertai juga kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Sandakan
  
Kemungkinan  PRU14 nanti PAKATAN HARAPAN  pasti dapat menawan kerusi-kerusi DUN Tanjung Papat dan Elopura kerana rakyat dikedua-dua kawasan terutama sekali pengundi-pengundi Cina telah hilangan keyakinan terhadap kepimpinan parti Gerakan sebagai rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) kita tunggu dan sama-sama lihat.




No comments:

Post a Comment