MENTERI BEIUL-BETUL MEMALUKAN TAK TAHU LARANGAN MAKAN TELUR PENYU

.

Gambar Kelihatan…..Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib.

OLEH:- SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ekoran menerima sajian dan hidangan pada majlis makan malam bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebuah restoran Kenalanmu Taman Indah Jaya baru-baru ini  telah menimbulkan pelbagai kontraversi di kalangan semua pihak.
 
Dalam insiden itu Sabri mendakwa beliau tidak sedar akan larangan memakan telur penyu, selepas tersebar gambar beliau dihidangkan telur spesis terancam itu.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau tidak bertanggungjawab menyediakan menu makan malam itu dan menganggap tuduhan menyalahkan beliau sebagai tidak adil.

“Bagi saya yang penting, pilihan kita buat. Hendak makan, tidak makan,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Saya sebenarnya, saya terus terang, saya tidak tahu pun ada akta melarang. Tapi itu bukan isu bagi saya, itu bukan isu. Yang penting makan atau tidak.”

Ismail Sabri dikritik minggu lepas susulan gambar itu yang tersebar di Facebook, yang dikatakan diambil di satu majlis Umno di sebuah restoran  Kenalanmu di Sandakan.

Ia menunjukkan Ismail Sabri duduk di meja dengan sepinggan penuh telur penyu, namun tidak kelihatan beliau memakan hidangan tersebut.

AGAKNYA DISEMENANJUNG.....Mungkin tiada larangan makan telur penyu cuma di Sabah saja dikuatkuasakan undang-undang


Beliau duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk ketua bahagian Beluran dan juga wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib dan beberapa orang pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

Apapun kata sumber itu terpulanglah kepada pihak Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sabah yang akan mengambil tindakan undang-undang dibawah Enakmen Pemilaharaan Hidupan Liar 1997 Akta Seksyen 41 yang boleh membawa hukuman penjara lima tatun denda RM50,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Kerana perkara  ini akan diambil tindakan pihak jabatan dan kementerian berkenaan  kepada mereka yang terbabit dengan hidangan telur penyu itu sudah tersebar luas di media-media cetak,media elektronik dan media portal  jadi jangan hanya panas-panas tahi ayam untuk meyakinkan rakyat kementerian dan jabatan tersebut harus bertindak keras jangan pilih bulu.

“Boleh jadi ada kebenarannya menteri itu memang tidak tahu makan telur penyu adalah barangan terlarang sebabnya di Semenanjung kita tidak dengarpun orang ramai makan telur penyu jadi satu kesalahan  barang kali  undang-undang ini hanya gunapakai dan dikuatkuasakan dalam negeri Sabah sahaja” kata sumber itu lagi



No comments:

Post a Comment