ABU SAYAFF BEBASKAN SEORANG WANITA TEBUSAN NEGARA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BEBAS....Salah seorang mangsa penculikan wanita Madam Thien yang dibebaskan



KOTA KINABALU:- Mengenai kes penculikan Kumpulan pengganas Abu Sayyaf membebaskan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik di sebuah pusat peranginan di Sandakan, Sabah pada Mei lalu selepas menerima wang tebusan kira-kira 30 juta peso (RM2.7 juta).

Menurut portal online The Sabah Insider.net  yang memetik, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, pengurus restoran yang menjadi mangsa culik, Thien Nyuk Fun, selamat tiba di Sandakan, jam 10 malam semalam.

Katanya, mangsa mengharungi perjalanan yang sangat jauh melalui jalan darat di beberapa pulau dan perairan dengan menggunakan bot laju dari Jolo, Sulu yang mengambil masa lebih enam jam.

"Keadaan mangsa sihat tetapi masih lemah dan letih kerana perjalanan yang jauh, selain aspek emosinya. "Usaha untuk menyelamat dan membebaskan seorang mangsa masih diteruskan," katanya.

Thien, pengurus restoran makanan laut Ocean King di Sandakan, diculik kumpulan bersenjata di Sandakan, Mei lalu, dan pembebasannya dilaporkan lewat malam tadi.


Portal Strait Times pula merlaporkan mangsa yang berusia 50 tahun itu dibebaskan di kampung Bud Taran di wilayah Sulu, terletak kira-kira 1,400 kilometer dari utara Manila, malam semalam.
Seorang lagi rakyat Malaysia, Bernard Fen, 39, yang bekerja sebagai jurutera, masih dalam tahanan kumpulan pengganas terbabit.

Strait Times melaporkan, Timbalan Gabenor Sulu, Abdusakur Tan dipercayai membantu dalam proses membebaskan Nyuk Fuk apabila menghantar anggota keselamatannya untuk berunding dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Tambah laporan tersebut, dua anggota polis Malaysia juga menemani anggota keselamatan itu ke tempat pertemuan yang ditetapkan oleh Abu Sayaff bagi menyerahkan wang tebusan berkenaan