OLEH:
WAN FARIDAH WAN AHMAD (KL)
Sunday
November 13/2016
KUALA
LUMPUR:- Beberapa
negeri di negara ini akan dilanda banjir besar ekoran musim tengkuju yang
berpanjangan dari November hingga akhir Februari 2017 antaranya
Kelantan-Terengganu-Pahang dan Jogor di
Sabah Kinabatangan-Papar dan Kuhara Tawau.
Jabatan Meteorologi Persekutuan telah mengeluarkan
Jangkaan banjir malam tadi ini tanda-tanda awal menunjukan di beberapa negeri
termasuk di sabah akan dilanda banji besar ekoran hujan lebat berpanjangan
selama 3 bulan itu.
Orang
ramai yang tinggal di kawasan tanah rendah dan dipinggir sungai terutama sekali
penduduk Kinabatangan dan Papar agar bersiap siaga untuk mencari tempat
perlindungan sementara bila mana hujan
turut tiada hentinya selama seminggu kemungkinan air sungai naik melempah ruah
dengan tiba-tiba.
Sambil
itu pastikan kanak kanak jangan dibiarkan main air sungai kerana sungai
Kinabatangan Sungai Kuhara dan Sungai Papar bila mana masa banjir besar buaya yang menghuni ketiga-tiga sungai
berkenaan pergi mendarat untuk mencari mangsanya.
Kata jurucakap Jabatan Metoeroloji ekoran hujan lebat yang turun berterusan
setiap hari boleh mengakibatkan banjir samada banjir pada skala kecil atau
besar. Disebabkan itu, arahan persediaan menghadapi banjir sudah dikeluarkan
dan penduduk dikehendaki peka dengan kawasan penempatan.
Pada tahun ini, pengumuman amaran banjir akan
dibuat awal menerusi televisyen dan radio serta sosial media agar orang ramai
berjaga-jaga dan peka dengan rahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment