The Sabah Insider Online….. BENARKAH PERJUANGAN SAPP-STAR-PCS (USA) UNTUK KAUM KADAZAN-MURUT-DUSUN DAN CINA SAHAJA MANA PEMIMPIN ISLAM?



CORETAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Tuesday November 22.2016

RAKYAT Sabah yang terdiri dari pelbagai suku kaum 32 etnik memang merasa bangga kerana  Sabah mempunyai parti tempatan  seperti Parti Maju Sabah (SAPP) Parti Star dan Parti Cina Sabah (PCS) dan juga Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Seandainya parti-parti pembangkang yang ada ini seperti yang dinyatakan diatas ini boleh bersatu bergabung tenaga dan satu matlamat dan satu agenda dengan mudah untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU14 nanti.

Tolaklah parti-parti pembangkang dari Malaya seperti DAP-PKR dan AMANAH mereka  memang dalam gagasan PAKATAN HARAPAN.

Rakyat Sabah tidak perlu khuatir dengan DAP-PKR dan AMANAH sebab mereka adalah dalam kelompok gagasan PAKATAN HARAPAN yang  mempunyai kerjasama yang penuh semangat lagipun di Pulau Pinang dan di Selangor mereka adalah  memegang tampuk pemerintahan dalam kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Yang membimbangkan rakyat Sabah ialah kewujudan semula parti SAPP dan Star kita amat alu-alukan  kerana parti yang lama sudah terkubur tanpa nisan tiba-tiba hidup kembali kita tidak tahu apa agenda dan matlamat perjuangan SAPP- dan Star yang sebenarnya.

Kedua parti SAPP dan Star parti seraka-haloba dan tamak ini nanti  bolehkah bekerjasama dengan parti-parti pembangkang antaranya  parti WARISAN  yang merupakan parti tempatan juga  untuk memudahkan menumbangkan UMNO/BN di Sabah pada PRU14 nanti.

Rakyat Sabah bukan keturunan Kadazan-Dusun dan Murut mula meragukan  ala tuju dan perjuangan  parti SAPP-Star dan Parti Cina Sabah (PCS) dalam kelompok United Sabah Alliance (USA) yang membariskan para pemimpinnya tergolongan kaum Kadazan-Murut-Dusun dan Cina tiadapun seorang pemimpin Islam atau melayu.

Tidak macam parti-parti  di Sabah seperti UPKO dan PBS ramai barisan pemimimin kanan parti itu tergolongan orang-orang Islam itulah parti UPKO dan PBS  perjuangannya diterima oleh semua kaum yang ada di Sabah cuma sayangnya PBS dan UPKO dalam gagasan Barisan Nasional.

Yang amat dikhuatiri  kononnya  mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang untuk bergabung tenaga  bagi tumbangkan kerajaan UMNO/BN nanti setelah sampai waktunya pilihanraya umum  parti SAPP-Star dan Parti Cina Sabah yang sudah membentuk barisan United  Sabah Alliance   (USA) mereka membawa  haluan masing-masing timbullah perebutan  kerusi jadinya.

Kita tunggu dan sama-sama lihat sejauh mata keiklhlasan  perjuangan USA benar-benar kah parti untuk mempertahankan hak-hak Sabah atau nanti sampainya PRU14 dalam tawaran dari UMNO/BN  di bayar beberapa juta jadihya nacam PRU13 nanti  harapan rakyat Sabah jadi musnah kerana hampa sepatutnya sekarang Sabah diperintah oleh PAKATAN RAKYAT (PAKATAN HARAPAN) akhirnya terbantut gara-gara pengkhianatan SAPP-dan Star terhadap rakyat Sabah keseluruhannya.

Parti  dan pemimpinnya kalau sudah cacat dan  tercalar orang memang sukar untuk mempercayainya sampai bila-bila barang kali kalau tukar pucuk pimpinan  yang terdiri dari orang-orang muda yang berpendidikan jadi pemimpin masih  boleh diharap lagi kalau sudah tua kolot dan  nyanyok cakappun melalok lalok.

Saya juga seorang ahli pembangkang saya bekerja  sebagai Setiausaha Akhbar kepada Ahli Parlimen (DAP) Sandakan Stephen Wong saya menulis ini hanya sekadar memberi ingatan  kepada rakyat Sabah agar  berwaspada dan berhati-hati  jangan sampai terpedaya oleh pimipin SAPP-Star kedua kalinya seperti yang berlaku pada 2013 kalau perjuangan SAPP dan Star ikhlas untuk membela nasib rakyat Sabah yang berbilang kaum kita alu-alukan perjuanganya  itu yang kita mahu.

Pari Warisan Sabah (WARISAN) yang diterajui oleh tiga kaum DS Shafie Apdal Darell Leiking dan Junzs Wong,  rakyat sabah tak perlu khuatir mereka memang berjuang untuk rakyat Sabah for Sabahan  sebabnya DS Shafie di singkir dari UMNO kerana ingin mencari kebenaran  dan Darell tinggalkan PKR kerana mahu berjuang untuk parti Sabah begitu juga Junz Wong tinggalkan DAP kerana mereka mahu  tadbir parti tempatan.



No comments:

Post a Comment