The Sabah Insider Online....WONG (DAP) GESA PARTI-PARTI PEMBANGKANG SABAH HARUS BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday November 21/2016

KOTA KINABALU:-  Konvensyen Tahunan DAP Sabah yang telah diadakan di Hotel Yahoo dekat sini baru-baru ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dalam ucapan perasmian konvesyen tersebut antara lain menyeru kepada ahli-ahli DAP diperingkat akar umbi hingga keperingkatan atasan haruslah mengeratkan kerjasama sama antara satu sama lain demi menjamin kekuatan perjuangan parti DAP.

Kata Wong DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum di Negara ini  akan memastikan semua kaum yang ada di Negara ini termasuk rakyat Sabah sentiasa mendapat pembelaan sewajarya dalam perlbagai aspek.

Beberapa resolusi dan usul telah dibentangkan pada sesi perbincangan di konvensyen itu antara lain mengenai pemilihan calon-calon DAP sama ada untuk kerusi MP atau DUN di satu-satu kawasan.

Kedua membuat garis panduan untuk mengekalkan kerjasama  antara parti-parti gabungan dalam  PAKATAN HARAPAN yang membariskan DAP-AMANAH dan PKR dalam pengagihan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh calon-calon PAKATAN HARAPAN pada PRU14 nanti.

Sambil itu Wong  mengingatkan  PRU14 nanti tiada perebutan kerusi-kerusi berlaku sama ada kerusi DUN atau MP sekiranya DAP meletakan calon di kawasan Elopura-Karamunting dan Tanjung Papat maka PKR dan AMANAH tak perlu meletakan calin-calon mereka di kawasan yang akan ditandingi oleh DAP namun sebaliknya PKR dan AMANAH sama-sama berganding bahu untuk membantu kempen bagi memastikan calon BN tumbang.


Begitu juga Wong berharap parti-parti pembangkang tempatan Sabah seperti WARISAN-SAPP-Parti Cina Sabah (PCS) dan Star yang akan bertanding di satu-satu kawasan DUN dan Parlimen  jika PAKATAN HARAPAN sudah meletakan calon-calonnya maka parti-parti tempatan seperti yang saya sebutkan itu tak perlu lagi meletakan calon mereka tetapi mereka harus bekerjasama dan berganding bahu membantu kempen antara satu sama lain untuk menumbangkan UMNO/BN.



Wong berkata agenda kita sama saja bertujuan untuk mengguling kerajaan BN/UMNO di Sabah lantaran parti-parti pembangkang yang ada Sahah tak kira mereka dalam gagasan PAKATAN HARAPAN atau sebgaliknya harus bekerjasama  yang erat dengan  satu tujuan dan satu matlamat  bagi menumbangkan BN nanti.






No comments:

Post a Comment