OLEH: AZMIE AZMAN
(SEMPORNA)
Thursday November 11/2016
SEMPORNA:- Satu peningkatkan
yang boleh dibanggakan terhadap perkembangan media portal The Sabah Insider
Online setelah menggantikan portal Sabahkini.net kira-kira tiga tahun lalu.
Dalam
menyiarkan berita-berita mahupun artikel-artikel sama ada berkisar perjalanan
politik tanah air- dunia koperat dan
hiburan ianya dilakukan dengan adil dan saksama asalkan artikel-artikel yang
diterima daripada para penulis tempatan yang mempunyai faktar-fakta tertentu
yang tidak melanggar itika kewartawanan.
Pengerusi
Ahli Lembaga portal The Sabah Insider Online Dato Seri Paduka Kemellia Hassan
dalam satu kenyataan hari ini berkata sambutan terhadap para pembaca dan
peminat setia portal media The Sabah
Insider Online semakin hari semakin mendapat perhatian di kalangan penduduk
tempatan mengenai perjalanan portal ini.
Ia
bukan sekadar jadi tatapan pembaca di
Sabah-Sarawak tetapi hingga ke pelusuk daerah di Semenanjung ramai yang
telah mengikuti perkembangan dan perjalanan media portal ini setelah pihak
pengurusan The Sabah Insider Online
melantik tiga orang wartawan yang
ditempatkan di Kuala Lumpur antaranya Kamaruddin Zaman-Wan Faridah Wan Ahmad
dan Karunakaren A/L Muthusammy.
Menurut
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) the sabah insider online Jun Pacifico Abdullah
menjelaskan setakat ini jumlah para pembaca portal media ini di seluruh Negara ia
mencecah 382,003.000 dalam tempoh tiga
(3) tahun sahaja ini satu peningkatan yang baik.
No comments:
Post a Comment