OLEH:
WILFRIED JOREME LEE
Rabu
November 09/2016
SUDAH tiba masanya kita semua meninggalkan parti-parti malaya yang
selama ini telah mendalangi segala masalah di Negara Sabah dan Negara
Sarawak... Ingatlah... Parti-parti malaya ini umpama dua biji nangka...
Buah nangka yang buruk adalah BN/UMNO manakala
buah nangka yang segar dan masih muda adalah PH. Tetapi, dua buah nangka ini
adalah daripada sepohon pokok yang sama, bertunjangkan satu akar yang
memberikan rasa yang sama.
Parti-parti
malaya membawa agenda malaya untuk terus mencengkam kuasa politik Negara Sabah
dan Negara Sarawak. Niat mereka tidak pernah untuk membantu tetapi
memperbodohkan bangsa Borneo.
Jikalau
mereka ikhlas dalam memberi bantuan, mengapa tidak membiarkan parti-parti
politik tempatan untuk menguasai semua kerusi DUN dan Parlimen? Mereka
mempunyai beratus kerusi DUN dan Parlimen di malaya tetapi masih mahu menguasai
kerusi DUN dan Parlimen di Borneo?
Kononnya
hanya pr sahaja yang boleh menumbangkan bn-umno??? Itu adalah satu pemikiran
yang bodoh! Kenapa? Sebab itu jelas menunjukkan mentaliti anda sudah terjajah
dengan penuh keyakinan bahawa hanya parti luar sahaja yang mampu membawa
perubahan.
Negeri
Sarawak sudah membuktikan bahawa dakwaan
tersebut adalah benar-benar salah dan bodoh. Sehingga kini, kerajaan
persekutuan takut kepada kerajaan Sarawak kerana kerusi DUN dan Parlimen
dikuasai majoriti oleh parti-parti tempatan walaupun dalam bn tetapi semangat
adalah "Sarawak For Sarawakian". Manakala di Negara Sabah, ia tidak
berlaku sedemikian.
Tujuan
untuk menguasai semua kerusi DUN dan Parlimen di Negara Sabah dan Negara
Sarawak oleh parti-parti politik Tempatan Borneo tidak pernah teringin untuk
menguasai putrajaya. Putrajaya tidak mempunyai signifikan ataupun kepentingan
kepada Kerajaan Negeri Sabah dan
Kerajaan Negeri Sarawak. Ini kerana
segala keputusan putrajaya tidak akan mampu terlaksana jikalau Kerajaan
Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak MENOLAK kerana KATA PUTUS adalah
ditangan Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Kerajaan Sarawak.
Tetapi,
dengan membenarkan parti -parti malaya menguasai Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak di peringkat
Dewan Undangan Negeri (Negara) iaitu DUN, segala resolusi, arahan mahupun akta
yang diluluskan di peringkat parlimen oleh majoriti pemimpin-pemimpin malaya
yang berlandaskan kepada kepentingan malaya akan turut diluluskan oleh Kerajaan
Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Ini
kerana mereka telah memegang kuasa politik Kerajaan Tempatan walaupun ia
ditadbir oleh pemimpin-pemimpin tempatan namun mereka hanya sekadar boneka yang
tidak mampu menghalang segala keputusan daripada seberang.
Tetapi
dengan memiliki parti-parti tempatan yang menguasai Kerajaan Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak, segala keputusan, arahan mahupun akta
BOLEH DITOLAK UNTUK TIDAK DIPATUHI jikalau ia menjejaskan kepentingan Bangsa
Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Anda
nampak, anda lihat dan anda sendiri mampu menilainya... Kerajaan Tempatan Sabah dahulu bukan tidak boleh memerintah
dengan baik tetapi sepanjang pemerintahan mereka, halangan dan tekanan datang
tanpa henti.
Ditambah
lagi dengan ketamakan serta pengkhianatan dikalangan pemimpin tempatan yang
kononnya berjuang demi rakyat itu telah meruntuhkan kekuasan kerajaan yang
diterajui oleh parti tempatan.
Kini,
PRU14 adalah satu peluang kepada Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk
sampaikan mesej yang jelas kepada parti-parti malaya... JANGAN MENCAMPURI
URUSAN POLITIK NEGERI SABAH DAN SARAWAK! SILA JAGA TEPI KAIN SENDIRI. TEMPAT
SENDIRI PUN TIDAK TERURUS, MASIH MAHU BERLAGAK HEBAT DI NEGERI ORANG!
Kita
mesti membuat satu pendirian yang TEGAS! Jikalau tidak, kehidupan dan
kesengsaraan kita akan tetap kekal seperti sekarang dan mungkin akan menjadi
lebih teruk lagi.
Anak-anak
muda, Generasi Muda Sabah dan Sarawak... Fikirkanlah mesej yang disampaikan
oleh pihak kami ini...
Jangan
biarkan diri anda terpengaruh dengan ideologi dan agenda malaya yang berusaha
meresapi pemikiran anda untuk tunduk kepada kehebatan mereka secara halus...
Tangkis
dan tolak serta-merta! Anda adalah bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui
Negeri ini.
Jangan biarkan kata putus anda nanti
ditentukan oleh orang asing! Kerana, jikalau perkara itu berlaku, seperti yang
pihak kami katakan, kita sebenarnya sedang dijajah melalui bentuk penjajahan
Zaman Moden!
Sebarkan
mesej ini...
No comments:
Post a Comment