BY ADMIN (Sunday November
13/2916)
1. Jufazli Shi Ahmad, pejuang keadilan dan penentang korupsi
Sabah, telah bersusah payah untuk hadir dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada
Inspektor Yanti di satu lokasi pada malam 10 Nov 2016. Dia tidak dimaklumkan
pun akan ditahan reman.
Ini
membuktikan Jufazli adalah rakyat Malaysia yang sangat bertanggungjawab kepada
negaranya dan sentiasa membantu polis dalam menyempurnakan siasatan mereka.
2. Jufazli
tidak lari dan jauh sekali memaki hamun pegawai penyiasat yang tidak berterus
terang untuk menahan dan melakukan tangkapan ke atasnya.
Satu pengorbanan kepada negara yang perlu
dihargai seluruh rakyat Malaysia.
3. Pasukan
peguam Jufazli telah meyakinkan kepada magistret yang bertugas bahawa Jufazli
tidak lari dari penyiasatan atau lari dari dibicarakan kerana dia memang
bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya mengenai penyelewengan dan korupsi
Sabah di halaman FBnya.
Justeru,
maka kita rakyat Malaysia ingin mendesak Pasukan Polis Diraja Malaysia agar:
i.
Melepaskan segera Jufazli dari tahanan reman.
ii. Tidak menerbangkan Jufazli ke Sabah dan
tidak memohon menambah hari tahanan reman untuk Jufazli.
iii. Menyiasat dan mendapatkan segala
maklumat yang diperlukan daripada Jufazli tanpa meremannya.
iv. Mengambil segala maklumat daripada
tulisan Jufazli di FB yang terbuka itu sebagai bukti untuk membicarakan beliau.
4.
Sebenarnya, apa yang rakyat ingin lihat daripada PDRM ialah sikap profesional
dan penggunaan teknik yang lebih sesuai dengan peredaran zaman yang semakin
canggih dan ilmu pengetahuan rakyat yang sudah meningkat berbanding dengan
kaedah menangani orang yang dituduh pada zaman sebelum merdeka atau pada era
tahun 1960-an.
5. Bagi
mendapat maklumat pada era teknologi digital ini, pihak PDRM boleh
memperolehinya dalam tempoh yang singkat. Mensyaratkan reman sebagai satu-satu
cara untuk mendapatkan maklumat dari tertuduh, adalah kaedah yang lapuk.
6.
Mensyaratkan reman untuk setiap siasatan adalah sikap mengambil mudah selain
kaedah yang menambah perbelanjaan kerajaan kerana menanggung kos makan minum, pakaian
dan kos anggota di lokap.
Inspektor yang didatangkan dari Sabah memadai
untuk menjalankan tugas bagi teman-teman mereka di sana.
Kes yang
dilaporkan kepada magistret boleh diserahkan kepada seorang pegawai yang
terlatih untuk membuka penyiasatan.
7. Apa
perlunya membawa tahanan ke setiap balai polis untuk mendapatkan maklumat bagi
membantu siasatan sedangkan antara balai dengan balai itu boleh dihubungi
dengan menggunakan teknologi digital?
Tidakkah ada
jaringan internet yang canggih termasuk kemudahan tele-konferensi, jika kita
mahu dan mengaturnya secara profesional sesuai dengan bajet yang besar yang
kerajaan peruntukan untuk PDRM saban tahun?
8. Rakyat
mahukan PDRM yang efesien dan efektif dan berupaya mencari dan mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk perbicaraan di mahkamah sesuai dengan peredaran
zaman.
9. Pihak
yang akan mengadili tertuduh dan kesnya adalah Hakim dan Magistret, bukan
pegawai penyiasat yang hanya memerlukan bukti dari tertuduh.
Jauh sekali
penglibatan ahli politik yang tersinggung dengan pendedahan yang cuba dilakukan
oleh Jufazli.
10. Kini,
rakyat Malaysia khasnya rakyat Sabah yang rasa malu dengan penyelewengan dan
korupsi dalam sektor infrastruktur air tidak sabar-sabar lagi untuk menghantar
wakil mereka ke mahkamah untuk mendengar hujah-hujah dan bukti- bukti lanjutan
tentang penyelewengan pimpinan Barisan Nasional.
11. Ini
bukan cerita hasutan, ini kes yang sarat dengan fakta kerana Jufazli mahu
buktikan di mahkamah apa yang didakwa adalah benar demi kepentingan awam dan
negara yang dicintainya.
Rakyat Sabah hidup susah dan miskin sedangkan
lambakan kepingan wang yang begitu besar berada di pejabat dan rumah pegawai
tertentu.
Entah berapa banyak lagi wang rakyat yang
telah dibelanjakan selama ini tanpa kita ketahui.
12. Rakyat
Malaysia harus bersyukur dan mengucapkan tahniah kerana adanya anak muda Sabah
seperti Jufazli, dengan jiwa perjuangan keadilan dan menentang korupsi,
bersedia mendedahkannya!
*HASANUDDIN
MOHD YUNUS*
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Jumaat 11 Safar 1438H
11 November 2016
11 November 2016
No comments:
Post a Comment