FAHAMI DULU BARU CAKAP ( fungsi kerajaan negeri dan persekutuan)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday July 14/2016

BERIBU kali sudah saya jelaskan tetapi masih tidak faham dan kerana itu sekali lagi saya jelaskan dan mohon mengerti soal fungsi kerajaan persekutuan dan negeri.

Kerajaan persektuan kuasai WANG DISATUKAN termasuk GST, Tentera, Polis, Imigresen, Kehakiman, Kastam, Pendaftaran negera dan banyak lagi yang penting.

Sementara kerajaan negeri TERHAD kuasanya.
Parti lokal hanya tanding merebut 25 kerusi MP dan itu belum tentu dapat semaunya dan parti lokal tidak akan tanding/merebut 222 kerusi di parlimen di PRU14 akan datang.

Selagi parti lokal tidak tandingi 222 kerusi MP, lalu bagaimana mahu kuasai kerajaan persekutuan nanti dan jika gagal memangi lebih 112 kerusi MP makna BN tetap juga berkuasa duduki putrajaya dan kuasi WANG DISATUKAN seperti yang saya katakan tadi.

Makanya saya katakan parti lokal kena kerjasama dengan parti Nasional iaitu sama ada BN atau PH sebab hanya keduanya sahaja akan tanding semua 222 kerusi parlimen berkenaan.

Perlu dijelaskan PH atau BN bukan parti Malaya tetapi parti nasional
yang merebut 222 kerusi parlimen berkenaan dan parti yang menangi lebih 112 kerusi akan duduki putrajaya.

Kalau parti lokal menangi lebih 30 DUN dan memerintah Sabah dan kemudian BN kuasai lebih 112 kerusi MP maka jelas BN berkuasa penuh dan apa saja parti lokal boleh lakukan dan bukankah itu sama macam kemenangan PBS dalam tahun 1985?

Kalau mahu memanjat kelapa, semestinya kita harus tahu kelapa itu ada buah dan kalau kita sudah jelas tidak ada buah, lalu kenapa harus dipanjat?

Saya masih terus punya formula ketiganya mesti kerjasama iaitu kalangan PH/DSSA dan PCS dan dengan cara itu baru kita bisa tumbangkan BN dan memerintah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Berfikirlah sebelum bercakap dan kalau bercakap tanpa fikir dan tanpa fahami fungsi kerajaan negeri dan persekutuan maka itu bermakna diri bak politikus tidak tahu melihat masa depan dan tidak tahu apa yang ia cakap dan kesannya rakyat menderita terus sebab kena tipu.


No comments:

Post a Comment