The Sabah Insider Onlime......MUSA TERCABAR BILA BERDEPAN SHAFIE APDAL



OLEH: SORAYA EGG
Tuesday November 29/2016

1.Semenjak UMNO Sabah diterajui Musa Aman tidak pernah stabil kerana style politiknya cantas dan buang pada pemimpin sesama dalam UMNO terutama yang berisiko menjadi saingannya dalam UMNO Sabah.

2.Ini tekniknya dapat bertahan sampai kini menjadi ketua Perhubungan Umno Sabah pada satu ketika dulu pada PRU2008 beberapa pemimpin kanan UMNO Sabah telah menidakan hak mereka untuk tidak mempertahankan kursi mereka tanpa alasan yang munasabah.

3.Selepas itu, DSSA ada musuh ketatnya dalam UMNO Sabah sehingga bermacam gelaran diberi pada DSSA antara nya Bajau Perompak Laut atau lanun dan tidak sampai di sana sehingga setiap peruntukan dan pembangunan di Semporna disekat tanpa menghirau jasa jasa penduduk Semporna sebagai benteng UMNO Sabah.

4.Kesempatan untuk menyingkirkan DSSA datang juga semasa krisis 1MDB memuncak dalam mesyuarat kerja parti UMNO, namunpun Musa hanya berstatus pemerhati dalam mesyuarat membuat cadangan agar DSSA digantung keahliannya dalam parti namunpun ada beberapa ahli majlis tertinggi tidak menyenangi terhadap saranan Musa itu kerana akan membawa ketidak stabilan UMNO Sabah.

5.Adalah menjadi perangai Musa merasa dirinya hebat kerana menurutnya wang adalah segala-galanya dapat membeli maruah pengundi Sabah dan pemimpin sekutu BN Sabah yang lain agar sokongan mereka terhadap kepimpinannya berterusan.

6.Itu mungkin dulu orang tidak sedar maruah mereka boleh dibeli tetapi sekarang terutama golongan anak muda dan keluarga mereka tidak boleh lagi diperjual belikan dan telah mulai memahami nilai-nilai maruah dalam diri mereka dan kepimpinan Musa mulai diragui atas dasar isu-isu semasa yang banyak melibatkan dirinya secara langsung atau tak langsung.

7.Keraguan itu terbukti benar, semenjak DSSA keluar Umno dan menubuhkan parti Warisan Sabah adalah di luar jangkaan sambutan rakyat Sabah terutama suku yang pernah menjadi akar umbi penyokong Tun Mustapha satu ketika dulu di mana pelusuk termasuk kepulauan akan berdiri teguh bersama Warisan Sabah umpamanya di Sandakan, jelajah DSSA dibanjiri oleh ribuan akar umbi namunpun ada usaha usaha menghalang tidak menghadiri majlis itu untuk menjaga hati ketua menteri Sabah kerana kawasan pilihanrayanya terletak di kawasan itu.

8.Sebenarnya bumiputra Islam telah merasa muak dengan kepimpinan Musa terutama di luar sukunya tetapi oleh kerana demi agama terpaksa menyokong Umno dan Musa kerana tidak ada pilihan mengelak Pisang berbuah dua kali pengalaman semasa PBS. Rakyat masih menyimpan dendam dengan Musa kerana gara-gara Musa, PBS diterima dalam BN sedangkan PBS adalah bekas seteru bumiputra Islam yang pernah menindas mereka dari 1975 hingga 1974.

9.Ditakdirkan juga anak-anak muda KDM dan Cina telah turut berjuang bersama Warisan Sabah. Pengelibatan tenaga muda profesional adalah pemangkin Warisan Sabah mendekati untuk mengubah Sabah ke landasan yang betul dan tepat.


No comments:

Post a Comment