(....KPN kena rujuk " Perkara 63(2) PP..)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Selasa November 08/2016
KEKADANG saya hairan seorang
ketua polis negara yang tahu undang-undang jadi tidak tahu dan apakah dia lupa
soal perkara 63(2) Perlembagaan persekutuan itu?
Sebenarnya ahli-ahli perlimen termasuk mantan 3 menteri
itu tertakluk kepada undang-undang yang
dimaksudkan dan semuanya ahli parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan (
Parliamentry privileges) dan kebal dari segi sebarang tindakan undang-undang.
Nah, kenapa saja ketua polis negara lewat wawancara pada
4 November itu menyatakan yang siasatan sedang dijalankan ke atas tiga menteri
berkenaan?
Mereka konon yang berucap di parlimen dan menyentuh
skandal 1MDB dikatakan disiasat di bawah akta hasutan, selain akta OSA. Undang2
mana yang mereka gunakan untuk ahli-ahli parlimen Malaysia berkenaan?
Kelihatannya bila ketua polis negara mengatakan mula
menyiasat jelaslah seorang ketua polis negara begitu jahil hal undang-undang dan perlembagaan.
Jika benarpun kenyataan 3 menteri berkenaan boleh
dikenakan bawah akta OSA, tetapi hakikat ia diucapkan di parlimen maka ketua
polis negara sama sekali tidak boleh mendakwa kerana ketiganya berucap di
parlimen dan kebal dari segi undang-undang. Ini kena faham.
Biasanya ahli-ahli parlimen hanya tidak kebal bila ada
ahli perlimen membangkit isu-isu agama,
kaum dan keistimewaan bumiputera dan itu mereka yang bertindak meski di
parlimen boleh didakwa bawah akta hasutan atau di bawah undang-undang lain berdasarkan perkara 10(4) perlembagaan
persekutuan.
Kasus yang dilakukan oleh mantan 3 menteri berkenaan
termasuk DS Shafie Apdal dari Sabah yang membahas isu kewangan 1MDB itu tidak
ada kaitan dengan hasutan sebagai mana yang dinyatakan dalam seksyen 3(1) akta
berkenaan.
Yang menghairankan kita seorang ketua polis negara yang
rakyat cukup yakini diamanah menjaga rakyat begitu semboro mengatakan sesuatu
yang sama sekali tidak masuk akal sementara SUMPAH RAHSIA itu sama sekali tidak
boleh diguna pakai untuk melindungi perampok dan penjenayah berbillion-billion wang negara milik rakyat.
Berdasarkan apa yang saya katakan ini jelas ketua polis
negara adalah budak suruhan PM/BN yang kerjanya menjadi polis UMNO bukan polis
rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment