OLEH: KAMARUDDIN
ZAMAN (PJ)
Saturday November 12/2016
TERDAPAT beberapa orang perwakilan UMNO mencadangkan dan meminta kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak agar mengkaji semula
memberian BR1M supaya para penykong pembangkang DAP-PKR dan AMANAH tidak
dapat menerima.
Kenyataan tersebut dipetik
dari Blog Amar Informasi Terkini yang diterbitkan pada 11-11-2016 yang bertajuk
“Pemberian BR1M dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat”
Apa mereka fikir wang BR1M itu
UMNO/BN yang punya boleh juga para
penyokong pemnbangkang tidak dibenarkan mengambil BR1M akan tetapi para
penykong pembangkang juga terkecuali (dikecualikan) dari membayar GST kepada
kerajaan.
Dengan itu Umum sedia maklum
Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih
memberikan bantuan kepada rakyat berupa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).
Dalam bajet 2017 yang baru-baru
ini dibentangkan di Parlimen Perdana Menteri ada menyebut tentang pemberian
wang BR1M untuk tahun 2017. Malah, kadar wang BR1M juga dinaikkan dari sebelum
ini.
BR1M adalah hak rakyat Malaysi
yang layak tidak kira latar belakang politiknya sama ada mereka penyokong
kerajaan atau pembangkang mereka wajar mendapat BR1M sebabnya mereka juga
tergolong rakyat Negara ini.
Tetapi amat mendukacitakan sebelum ini ada perwakilan UMNO menyatakan
bawaha pemberian BR1M perlu dikaji semula sepaya penyokong pembangkang tidak
dapat.
Kerana semakin hari, keadaan
politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya. Kali ini, kenyataan Shafei
Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji
semula pelaksanaan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut
menerimanya.
Kami memang langsung tidak
bersetuju dengan kenyataan ini. Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang
perlu dielakkan. Tak perlu kami nak ulang banyak kali. Duit cukai rakyat bukan
duit UMNO, PKR ataupun PAS dan DAP!
Hak rakyat, semua rakyat berhak
dapat. Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun. Tapi, bila ada
kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa. Adakah ini menjadi
kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai
dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?
Pemerintah dipilih untuk
menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat. Itu sebenarnya
fungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Anda sebagai rakyat Malaysia,
bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?
Cadangan penulis GST sepatutnya
dikenakan kepada penyokong BN sahaja barulah adil dan saksama.
No comments:
Post a Comment