II The Sabah Insider Online….SULTAN JOHOR TEGUR KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN NAZRI AZIZ INGIN MEMBELASAH TMJ SULTAN ISMAIL TENGKU IBRAHIM



OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (PJ)
Sunday November 13/2016


PETALING JAYA:- Keangkuhan dan kesombongan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang ingin membelasah  dan menyerang anak Sultan Johor aitu Tuanku Mahkota Johor (TMJ)  Tuanku Ismail Ibni Sultan  Ibrahim dibidas oleh Sultan Johor sendiri, kenyataan Baginda dipetik dari portal  Suara TV  bertajuk “Sultan Johor Nasihatkan Nazri Aziz Supaya Jangan Angkuh”

Baginda Sultan Johor  Sultan Ibrahim Ibni Almahrum Sultan Iskandar memberi amaran kepada  Nazr8i supaya jangan berlagak angkuh dan sombong.

Beliau bertitah demikian susulan Nazri yang dilaporkan mahu menyerang anakanda baginda,, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Baginda mempersoalkan adakah pemimpin yang bersikap seperti itu patut dihormati?

“Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” titah baginda titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor pada Jumaat lalu .

Sultan Ibrahim juga sekali lagi mengingatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat sebarang kenyataan yang mengaitkan dengan Istana Johor.

Baginda turut menegaskan tidak akan sesekali mencampuri urusan mana-mana parti politik.

“Oleh itu suka saya nasihatkan di sini kepada mana-mana ahli-ahli politik, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminnurashid Jumat supaya tidak membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana Johor.

“Walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa saya, saya hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu,” titah baginda.

Baginda juga menasihatkan kerajaan bersikap telus dan berterus terang kepada rakyat kerana di dalam dunia moden ini, tidak ada apa-apa yang boleh disembunyikan.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.


No comments:

Post a Comment