OLEH: SHAIMON S
JYMADI
Friday November
18/2016
CADANGAN menarik balik
Kad Pengenalan projek (palsu)
yang dikeluarkan di Sabah terhadap para Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI) yang melibatkan warga Filipina-Pakistan dan Indonesia satu cadangan yang
baik kalau dilihat dari beberapa sudut.
Pemangku Presiden UPKO DSP Wilfred Madius
Tangau membuat cadangan tersebut ia
bertujuan untuk menyelesaikan mengenai siasatan PATI (RCI) sudah
dikeluarkan namum isu itu masih belum
selesai lagi sehingga kehari ini.
Tetapi bukan semudah itu untuk menarik balik
semua mykad yang telah dikeluarkan dan telah dipegang oleh PATI yang bergelar
Warganegara Malaysia bidan terjun banyak risikonya kerana mereka dalam tiga bangsa itu mereka 98
peratus menjadi ahli UMNO/BN dan juga pengundi
tegar BN.
Pihak UPKO seharusnya mengambil kira
kepentingan PATI yang mempunyai Mykad kerana
merekalah UMNO/BN di Sabah tidak pernah kalah malahan jumlah undi kepada
calon-calon BN semakin meningkat
jumlahnya.
Bukan kah juga UPKO terhutang budi kepada
PATI dari Filipina-Indonesia dan Pakistan mempunyai kad pengenalan telah
memberi kemenangan besar bukan saja kepada calun-calun dari UMNO bahkan juga
calun-calun UPKO juga undi datangnya
dari PATI.
Boleh kah UMNO di Sabah menerima cadangan
Wilfred tentang penarikan IC projek
bukan sedikit jumlah PATI yang duduk di
Sabah yang kini telah memegang Mykad nisbah jumlah telah mencecah 1.5 juta yang
terdiri daripada rakyat Filipina-Indonesia dan juga Pakistan.
Cadangan untuk menarik bail Kad Pengenalan
tersebut nombor H.035XXXX dan H.053XXXX memang cadangan yang baik boleh
digunakan pakai tetapi sanggup kah para
pemimpin BN/UMNO yang lain setuju terhadap cadangan Wilfred itu ia
menjurus kekalahan BN/UMNOpada PRU14
nanti kerana calon-calon BN/UMNO terlalu bergantung undi dari PATI yang menjadi
warga Malaysia fotostat.
No comments:
Post a Comment