DEWAN RAKYAT TIDAK BEBAS...The Sabah Insider Online


( speaker kepala otaknya di UMNO bukan kepentingan rakyat)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday October 09/2016

BARU sebentar Datuk Seri Shafie Apdal  telefon saya dan kami bicara banyak hal dan tentu saja isunya demi rakyat dan pertemuannya bersama semeja dengan Tun Mahathir, Wan Azizah dan TS Muhyiddin bincang soal dewan rakyat yang tidak lagi bebas seperti yang rakyat Malaysia harapkan.

Kelmarin saya telah menulis nota panjang lebar soal hukum di parlimen dan saya sentuh Ketua Polis Negara buta hal undang-undan dan sikapnya sebagai ketua polis negara seolah bukan untuk rakyat Malaysia tetapi hanya mahu selamatkan seorang PM yang korup dan membinasakan negara bangsa.

DS Shafie ketika bercakap tadi menjelaskan yang ia sudah cukup matang dan tahu yang mana patut dan tidak patut dibicarakan di parlimen dan itu terkait tindakan KPN yang menyiasat hujahnya di parlimen.

" Tentunya hal-hal agama, kaum dan keistimewaan bumiputera atau yang sensitif tidak boleh disentuh di parlimen dan ini cukup dimaklumi oleh semua ahli parlimen" Katanya dan kata-katanya diucapkan agak kesal, sayu, rawan tetapi ia cukup menampakkan semangat juangnya yang tidak akan berhenti meski apapun terjadi.

" Kita tidak akan undur dan kita tetap akan perjuangkan kepentingan rakyat seluruhnya tanpa peduli apa bangsa, sukunya, kepercayaan dan agamanya dan kita akan pertahankan meski diheret ke penjara termasuk mati demi negara bangsa dan tanah air Malaysia ini" Katanya lagi dan itu cukup saya kagumi sekali. Terharu dan kagum, kagum dan terharu sekali. Warisan bangsa!

" Kalau kita sendiri tidak menghormati apa yang diperkatakan di parlimen yang semata-mata perjuangkan rakyat, lalu bagaimana yang lain mahu hormat parlimen yang fungsinya membahas, meminda undang-undang  untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat/negara dan bangsa? " Katanya lagi dan pertemuan bersama Mahathir, Wan Azizah dan Muhyiddin lebih kepada perbincangan yang mengatakan dewan rakyat tidak lagi sebebas yang diharapkan.

" Kita tahu soal kekebalan ahli perlimen ketika bercakap di parlimen dan itu sesuai dengan perkara 63(2) perlembagaan persekutuan dan lagi yang kita suarakan bukan yang dilarang perlembagaan tetapi masalah dana negara yang disalahguna dan itu harus rakyat tahu dan harus dibincang di parlimen, tetapi yang jelas itu dilarang dan kesannya jelas di dewan rakyat tidak lagi ada kebebasan bercakap.." Katanya dengan rasa kesal yang amat sangat dan itu cukup terasakan.

Memang banyak yang dibicarakan oleh DSSA kepada saya hari ini tetapi ada beberapa hal yang barangkali tidak boleh diperkatakan kesan peraturan-peraturan yang menyekat dan sambil itu ia mengharapkan rakyat Sabah bersabar menerima kenyataan dan jumpa nantinya di Sikuati Kudat tanggal 12 November, 2016.
warisan anak bangsa
siap bangunlah
mesti diperjuangkan 
meski nanti ke penjara
atau nanti mati
namanya undur tidak sekali
siap!
siap!


No comments:

Post a Comment