SUDUT PANDANGAN
EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Friday November
25/2016
KITA
tidak nafikan sering kali para ibubapa
menuding jari kearah guru-guru yang mengajar kepada anak-anak mereka di sekolah
dan guru-guru juga sering jadi sasaran cemohan dan dipesalahkan di maki hamun apabila anak-anak
mereka kurang cemerlang dalam memperoleh
sesuatu keputusan peperiksaan yang diduduki.
Berbentuk
cemohan dan tomahan di kalangan ibubapa bila anak-anak mereka gagal atau kurang
baik mendapat keputusan peperiksaan seperti UPSR PMR dan SPM guru dicemoh guru
kurang arif guru tidak pandai mengajar guru kurang cekap guru makan gaji buta
macam-macam lagi tomahan yang dilemparkan kepada guru-guru berkenaan oleh para
ibubapa.
Tiada
seorang gurupun di mana-mana pusat institusi sekolah mahukan anak-anak muridnya gagal dalam menduduki
sebarang peperksaan guru-guru yang mengajar mereka setengah mati memang
bersungguh-sunggu yang mahukan semua
anak-anak muridnya berjaya dalam apa jua
peperiksaan ini akan membanggakan bukan saja mengharumkan nama kelas nama guru terbabit
nama sekolah bahkan juga melibatkan
kebangaan para ibubapa sendiri.
Dalam
memperoleh keputusan yang cemerlang prestasi yang dicapai ini bergantungan
kepada anak-anak itu sendiri ada
sesetangah murid bila bertada dalam kelas
malas belajar sambil lewa sahaja banyak hal-hal dalam aspek pembelajaran
yang dibentangkan mereka kurang minat
untuk mendengarnya.
Sebagai
ibubapa yang menjaga sepenuhnya masa kepada anak-anak mereka semasa keberadaan
dirumah seharusnya memberikan semangat yang jitu dan sentiasa mendorong
anak-anak mereka supaya rajin-rajin dan tekun belajar.
Peranan
ibabapa amat penting mendidik anak-anak mereka
selain guru juga turut membimbing mereka hanya memakan masa 6 jam setiap
hari.
Suntikan
semangat kepada anak-anak perlu ditingkatkan bagi galakan supaya anak-anak
mereka rajin-rajin belajar bagi para ibubapa yang mempunyai kemampuan anak-anak tadi seharusnya mengikuti
kelas-kelas tambahan seperti tusyen tidak rugi rasanya kalau ibabapa tadi membelanjakan
sedikit wang untuk membayar fee (yuran) kelas tusyen daripada wang beratus-ratus
ringgit untuk beli nombor ekor setiap minggu tiga kali draw.
Saya
harap janganlah selalu menyalahkan guru-guru yang membimbing anak-anak kamu sehingga
jadi orang yang pandai di satu hari
nanti guru-guru juga
bertanggungjawab yang berperanan membawa kejayaan kepada anak-anak kamu.
No comments:
Post a Comment