The Sabah Insider Online.... WONG MENYELAR SEGELINTIR PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN FIKIRAN SEMPIT

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Rabu November 30/2016


SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan yang juga Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt  berkata  sebagai rakyat Malaysia yang ingin mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek harus mempunyai daya pemikiran yang bernas untuk mempertahankan hak-hak Sabah secara adil dan saksama.

Sebagai seorang pejuangan politik tanah air kita perlu lakukan secara kolektif dan bukannya menyebar serta menghasut  rakyat  rasa timbul kebencian khususnya melalui semengat   persekutuan dan perkauman sempit yang boleh menimbulkan prasangka buruk antara satu sama lain.

Wong menyangkal pelbagai dakwaan   daripada beberapa pemimpin politik pembangkang tempatan  yang mendakwa  rakyat Sabah tidak perlu memberikan sokongan  terghadap parti-parti pembangkang yang berpusat di Wilayah persekutuan

Kata Wong lagi Semangat wilayah sempit  seumpama ini malah akan menjarakkan lagi jurang keharmonian rakyat Malaysia selain dijadikan sebagai alat pihak tertentu untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Ini termasuk tuduhan sembarangan  sebilangan parti-parti  pembangkang tempatan mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu mengangkat aspirasi dan perjuangan orang Sabah.


Wong dalam ucapannya ketika menyampaikan amanatnya di Konvensyen DAP Sabah yang bertempat di Hotel Yaho dekat sini hujung minggu lalu.

Menurutnya, DAP Sabah amat memahami sentimen rata-rata rakyat negeri itu yang berasa ketinggalan dan dianaktiri oleh kerajaan BN khususnya dari segi ekonomi dan pembangunan.

Namun, memomokkan DAP sebagai ‘parti nasional’ dan ‘parti Malaya’ yang mahu menggugat hak-hak Sabah adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Barisan pimpinan DAP Sabah di sini kesemuanya ialah orang Sabah yang tulen, kita bangga dengan fikiran, nilai-nilai terbuka dan inklusif selama ini. Kita boleh ‘kupi-kupi’ dengan semua orang dari pelbagai kaum, kita boleh saling bantu-membantu tak kira dia dari masyarakat apa, ia seharusnya dihargai sebagai budaya dan nilai-nilai murni kita.

“Kita mesti berani menolak politik perkauman dan kebencian. Kita tahu bahawa ia tidak akan menyelesaikan masalah yang sebenar dihadapi oleh orang Sabah seperti kemiskinan dan penindasan,” tegasnya.

Stephen menegaskan, masalah sebenar yang dihadapi Sabah bukanlah kerana isu ‘parti Malaya’ atau bukan tetapi  berpunca dari pemerintahan BN sendiri.
Lebih menyedihkan katanya, sebilangan parti-parti tempatan juga bersama BN untuk terus mengukuhkan kuasanya di Sabah.

“Banyak parti-parti lokal pernah memerintah Sabah dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Persekutuan, tetapi wakil-wakil Sabah ini gagal mempertahankan hak-hak negeri kita sehingga status Sabah dituruntaraf pada tahun 1976 dari satu dari tiga (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) kepada salah sebuah dari 13 negeri di Malaysia.

“Hanya DAP ketika itu, yang belum lagi masuk ke Sabah, sudah mempertahankan Sabah di Parlimen pada tahun 1976 dengan membantah pindaan perlembagaan persekutuan tersebut,” katanya.
Selain itu, Stephen menjelaskan bahawa hak minyak dan gas di Sabah juga tergadai bukan kerana DAP, tetapi ketika Sabah ditadbir oleh parti-parti tempatan.

“Pada ketika pemerintahan parti lokal (tempatan) di Sabah, hak minyak dan gas Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan, hak milik Labuan juga diserahkan kepada kerajaan persekutuan, mereka buka pintu dan bantu UMNO dapatkan kuasa pemerintahan di Sabah sampai hari ini.

“Semua ini berlaku pada ketika pemerintahan parti lokal,” jelas Ahli Parlimen Sandakan itu.
Justeru beliau menyeru supaya rakyat Sabah memilih wadah dan perjuangan parti politik yang benar-benar berjuang demi kepentingan seluruh rakyat dan bukannya kelompok tertentu.

“Kita harus pilih parti yang baik dan ikhlas untuk berjuang demi kepentingan semua rakyat Sabah dan seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

Sambil itu Wong  mendakwa ada sebuah parti tempatan yang diwakili oleh  2 kaum sahaja Kadazan dan cina yang tidak membawa sebarang pencapaian kerana di Sabah mempunyai  32 suku kaum  dan hasrat niat parti itu kalau mereka berjaya membawa keluar Sabah dari gagasan Malaysia mereka akan mendirikan kerjaan baru diatas nama kerajaan Borneo.

Kerja membawa Sabah keluar dari Malaysia bukan semudah itu bukannya kerja  enteng  antara salah satu sebab  Sabah tidak mempunyai tentera dan polis  sendiri jadi janganlah para pemimpim parti pembangkang tempatan Sabah mempunyai fikiran yang sempit dan berangan-angan membawa Sabah keluar dari Malaysia” Katanya lagi.



1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete