OLEH ISMAILY BUNGSU
Selasa November
15/2016
MALAYSIA ini memang sebuah negara demokrasi tetapi aneh bin ajaib
sebab pencuri, penipu kalangan VVIP tidak ditangkap dan yang bercakap benar hal
pencuri (kalangan VVIP mencuri) itu disumbat ke penjara kesan bercakap yang
sebenar-benarnya.
Undang-undang apa namanya kalau demikian?
Kalau demikian jelas
Malaysia
ini amalkan undang2 urang utan dan kekadang undang2 urang utan lagi
baik banding undang2 ciptaan manusia di Malaysia kesan antara 222 orang itu ada
yang akalnya lebih kurang macam urang utan.
Memang kalau demikianlah
sikap Malaysia yang atasan sesuka hati merampok curi khazanah negara dan yang
bising menguar-uarkan sifat dan jenayah yang VVIP lakukan segera dihantar ke
penjara kelak kesannya negara bakal rosak binasa.
Kalau adapun yang usaha
mahu perkatakan kebusukan dan kejahatan mereka, maka siap sudah ada ugutan dan
ketua polis sendiri siap menyiasat meskipun yang bercakap di parlimen itu kebal
dari segi undang2.
Yang paling teruk mereka
yang tahu undang-undang dan tahu hukum
agama terus mendiamkan diri tanpa berkata apa2pun dan terus membiarkan
kekejaman dilakukan oleh mereka sendiri dan kelihatannya negara kita yang
dikata demokrasi ini lebih kurang sama macam kerajaan binatang.
No comments:
Post a Comment