OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Friday November
18/2016
KUALA LUMPUR:- Hanya penjawat awam yang menyertai perhimpunan
dengan kumpulan Baju Kuning akan diambil tindakan dibuang kerja atau di potong
gaji.
Akan tetapi bagai pula
penjawat awam yang menyertai perhimpunan dengan kumpulan Geng Baju Merah adakah kerajaan juga bertindak akan mengambil tindakan yang
sama serupa dengan baju kuning
Ahli
Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt ketika mengulas kenyataan Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang tersiar di portal ANTARA POS
pada 17hb November 2016 yang bertajuk “ Penjawat Awam Boleh Dibuang Kerja Atau
Dipotong Gaji Jika Sertai BERSIH 05.
Wong
berkata kenapa pihak kerajaan hanya tahu
dan mahu mengambil tindakan keatas penjawat awam yang akan menyertai perhimpunan aman Baju Kuning pada 19hb Nov 2016 (esok) kenapa
kerajaan tidak akan mengenakan tindakan yang sama keatas Geng Baju Merah jika ada
kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan yang sama.
“Amaran
Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu
menampakan bersikap berat sebelah (bias) dan tidak adil hanya dikenakan baju
kuning sahaja sedangkan penjawat awam yang menyertai geng baju merah tiada
apa-apa tindak diambil” tegas Wong.
Dr.
Ali Hassan sambil berkata, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam,
jika gambar mereka terlibat dalam perhimpunan itu disiarkan media.
Dalam perkembangan yang berkaitan Wong menyambut baik saranan
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tan Sri Razali Ismail
mengenai tindakan kerajaan yang akan
mengenakan tindakan terhadap mana-mana penjawat awam yang menyertai perhimpunan
BERSIH 05.
Sambil itu Wong menghuraikan akan kandungan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari
ini sebagai berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli
akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi Suhakam Tan Sri
Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1)
Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Kenyataan itu dikeluarkan
susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru
menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar
lain.
Hari ini, Ketua Setiausaha
Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak
menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan,
bergantung pada tahap penyertaan.
“Suhakam mengulangi lagi
iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak
untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.
Razali berkata sementara
hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak
berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan
merusuh.
“Maka tanggungjawab polis
untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat
mereka secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata Suhakam
menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan
undang-undang.
“Ini ialah ciri kematangan
politik,” katanya.
Selain itu, katanya Suhakam
akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan
daripada orang awam.
No comments:
Post a Comment