OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Saturday November 12/2016
KOTA KINABALU:- Dengan penyertaan
3,000 ahli UMNO Bahagian Sepanggar ke parti WARISAN dimana borang-borang kemasukan ahli telah
diserahkan sendiri oleh Montoh Aru kepada ADUN Penanpang Darell Leiking di
kediamannya kelmarin
Kini nampaknya UMNO Bahagian Sepanggar goyah dan semakin
hari semakin hilang keyakinan penduduk Sepanggar terhadap pucuk pimpinan pusat
dan negeri bahawa UMNO/BN tidak lagi relevan.
Menurut Darell Leiking dengan kemasukan beramai-ramai
3,000 ahli UMNO Bahagian itu ini merupakan satu tamparan hebat buat Datuk
Jainab Ahmad kerana gagal untuk
mempertahakan ahli-ahli UMNO Sepanggar.
Memang setiap
malam Jainab sudah melenyapkan matanya tidak tak lena makan tak kenyang asyik
memikir kekedudukan UMNO Bahagian Sepanggar yang semakin merosot sokongan
rakyat setelah ramai-ramai ahlinya keluar dan menyertai parti WARISAN yang
diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal.
“Sudah saya katakan sejak saya dan Mentoh Aru gempur
pertama di Numbak hari itu langit di Sepanggar tidak sedamai dulu dan ramai
sudah berlarian. Kata Darell.
“Kami akan gempur kali kedua nanti dan pastikan Sepanggar
bukan milik UMNO malah YB Jumat juga akan kami jemput dan sertai WARISAN dan
kebetulan kami sekampung dan itu tidak susah, tak percaya? Tunggu masanya akan
sampai dan berputih matalah kamu di sana. Tambah Darell dalam kenyataan dengan
media portal kelmarin.
No comments:
Post a Comment