OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Khamis
November 24/2016
KITA selalu menilai orang kesan nama dan bangsanya dan disebut
nama Chin, Chong, Keok, Chung maka terlekat ada negatif di kepala kita lalu
dikaitkan dengan nama kafir/makan babi dan Dapig. Inilah orang kita yang
otaknya entah di mana letak.
Nama Cheng Ho jarang kita katakan meski sebenar dialah
insan paling berjasa di tanah melayu bila disebut islam di abad ke15 sebab
dialah yang dapat pengaruhi Parameswara masuk Islam dan Islam terus berkembang
zaman kesultanan Melaka.
Kemudian bila disebut Maria Chin maka ramailah beranggap
negatif dan orang baju merah memang kutuk setengah mati dan apa saja
kegiatannya meski perjuangkan hak dianggap negatif tetapi hakikat sebenar
perjuangan sanggup menerima risko meski usia 60 tahun dan siap masuk penjara.
Apakah kita kenal siapa suaminya Maria Chin itu?
Suami Maria Chin adalah seorang bekas Pejuang Barisan
Pembebasan Palestin. Tentu yang baca merasa aneh dan mula bertanya-tanya sebab
selama ini ramai yang tidak tahu selain dikata bangsa china yang harus
dihabisi. Ini silap!
Suami Maria Chin satu-satunya aktivis Mahasiswa PMUM yg
berani ikut jihad di Palestin. Suaminya srorang Pembela Palestin manakala
Isteri pula Pembela Rakyat Mahraen. Nampak itu?
Mereka yang baru tumbuh bulu dalam perjuangan baik diam
dan janganlah bercakap soal perjuangan jika sekadar kata-kata dan diguna agama
untuk tunjuk hebat padahal ada yang ekornya bertahi.
Allahyarham Tuan Guru Yunus Lebai Ali suami kepada Puan
Maria Chin Abdullah penganjur BERSIH 5.0. Itulah suaminya.
Mereka suami isteri merupakan pejuang rakyat dan pejuang
hak asasi manusia. Apa tidak tahu atau sengaja melupakan sejarah sebenarnya
kesan arwah penjuang dan menentang pemerintah?
PAS menutup sejarah perjuangan anak bangsa yg berjuang di
Plastine dan sengaja mahu melupakan sejarah hakikat sebenarnya.
Allahyarham Yunus Lebai Ali seorang bekas aktivis
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya seangkatan dgn Hishamuddin Rais.
Beliau turut terlibat dgn demo mahasiswa tahun 1974
bersama Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan lain lain lagi.
Yunus menyertai PLO dan berjuang dlm perang Palestine dan
pernah menjadi bodyguard kpd Yaser Arafat. Nampak itu? Yang hebat bercakap
apakah berani seberani suaminya Maria Chin itu?
Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA semasa Operasi
Lalang.
Yunus Lebai Ali Fakulti Sastera UM. Beliau telah kembali
ke Rahmatullah pada tahun 2010 kerana komplikasi buah pinggang. Al'Fatihah
untuk arwah yang kita sayangi.
Hadi dan PAS menghina serta mengaibkan Puan Maria Chin
isteri kepada bekas pejuang Palastine. Di manakah Akhlak Islam pemimpin PAS?
Nampak sangat mulut menyebut islam tetapi terus menghina yang asalnya bangsa
cina dan jelas mereka memperlihatkan sikap yang tidak baik kepada mualaf.
Kepada yg sering menghina dan memfitnah Puan Maria Chin Abdulullah
maka perlu menilai diri sendiri dan perlu melihat wajah di cermin muka sendiri.
Tanya diri sendiri bahawa apa saja sumbangan kalian dlm
perjuangan rakyat Plastine selama ini dan apakah ada suami atau ayah sendiri
seorang pejuang yg bertempur di medan Perang Plastine seperti yang suami Maria
Chin lakukan?
Jika tiada baik diam dan janga ada usaha mengaib dan
merendah2kan pejuang sebenar yang selalu bersikap low profile dan tidak
menonjolkan diri semata kerana Allah.
Kekadang kita ini ramai buta sejarah dan pejuang
sebenarnya kita hina-hina sedang yang kaki carut, meroyan dicium tangannya dan
dipuja setengah mati dan inilah sabda nabi pemimpin akhir zaman.
Memang dajal!
No comments:
Post a Comment