SHAFIE DIBELA OLEH MANTAN AHLI USNO DAN RAKYAT BAWAHAN



Oleh: Evangeline Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah
Thursday July 14/2016


1.NAMUNPUN tiada seorang pemimpin kanan membela  D S Shafie Apdal tetapi mantan ahli USNO walaupun tidak semuanya membela beliau tetapi percayalah masih ramai lagi bersemangat USNO tetap di hati mereka yang terkenal dengan pejuang tegar dan tak pernah kenal kegagalan.

2.Semangat ini terbukti namunpun kalah ditangan BERJAYA DAN PBS tetapi masih relevan dan tidak pernah pupus setiap kali pilihan raya sehinggalah kehadiran Parti Melayu ini di Sabah.

3.Manusia USNO lain dari ahli parti lain yang hanya mementingkan harta dan pangkat tetapi USNO tidak begitu hanya semata bertonggakan kesetiaan dan maruah bangsa dan agama.

\4.Itu pun kurang pasti adakah bekas ahli USNO yang diserapkan dengan Parti Melayu ini telah berubah dan melupakan tradisi lama dan terikut jejak parti import ini.

5.Setiap kejadian ada hikmahnya dan tidaklah masuk akal yang normal DSSA dilucut dari jawatan dan digantung keahlian kerana membetulkan kesilapan presidennya yang ditanggapi negatif oleh masyarakat antarabangsa sehingga membinasakan ceritera dan imej negara yang dibangun oleh pemimpin yang terdahulu.

6.Kini Maha Kuasa mengembalikan Shafie Apdal untuk memimpin mereka yang tidak diberi layanan oleh Parti Melayu ini yang tak pernah kenang budi terhadap "Hard Core" USNO yang pernah berjuang mempertaruh jiwa raga untuk mempertahankan agama Islam di Sabah.

7.Meninggalkan UMNO tidaklah haram makruh pun tidak sampai ke peringkat itu.Hampir semua pemimpin utamanya terkeluar dari UMNO selepas menamatkan tempoh perkhidmatan mereka kerana parti Melayu ini tidak pernah menghargai mantan pemimpin mereka seperti "Kacang Lupakan Kulit".

8.Tidak hairan juga satu ketika nanti rakyat Sabah ditinggalkan oleh Parti Melayu ini setelah tidak lagi digunakan atau dipergunakan umpama "Habis Manis Sepah Dibuang".

9.Shafie telah hadir ditengah tengah rakyat dari segi kebolehan terbukti dapat diterima oleh rakyat sehingga menduduki naib presiden dibelakang Zahid dan kini timbalan perdana menteri.

10.Ukirlah dan kembalikan martabat suku yang pernah menjadi kerajaan yang digeruni dan dihormati oleh semua pihak...


No comments:

Post a Comment