DUIT BUKAN SEGALANYA... (2.00pm ketemu ketua2 cawangan UMNO bakal/nekad sertai WARISAN
OLEH
ISMAILY BUNGSU
Selasa
November 22/2016
MEMANG benar seperti yang dikatakan ramai orang yang duit bukan
segalanya tapi segalanya perlu duit.
Berpolitik
atau apa saja segalanya perlu duit dan selangkah kita keluar rumah yang pertama
harus dipastikan dalam poket ada duit tanpa duit memang susah bergerak.
Segalanya
perlu duit!
Kereta
yang kita pandu perlu minyak dan untuk membelinya perlu duit dan nanti di kedai
kopi sembang juga perlu duit untuk bayaran minuman dan itu sebab ahli politik
kena ada duit dan kalau ngangguran (macam saya) bercita-cita mahu jadi calon,
baik tidak usah dan berilah peluang yang muda dan sedikit punya duit.
Memang
sekarang musim REBUTAN nak jadi calon dan dalam kepala jadi YB dilantik menteri
cepat kaya dan ini sikap yang tidak baik dan kalau demikian samalah macam
ahli-ahli UMNO yang niatnya jadi calon, dilantik jadi menteri lalu tidak lama
kemudian punya istana berjuta harga.
Nasiblah
DS Shafie tidak punya istana berjuta
kalau tidak siap diviral melebar seluruh dunia. Memang
perlu duit tetapi duit bukan segalanya.
Yang
lebih penting sekarang ialah mendekati rakyat, pengaruhi rakyat dan berikan
kefahaman niat sebenarnya berpolitik dan nilai semula apa yang telah BN lakukan
kepada Sabahan hingga penerima anugerah termiskin sekali di Malaysia dan rakyat
menderita leher rakyat ada tali siap untuk mati.
Kesan
itulah WARISAN lebih mengutamakan jelajah ke seluruh Sabah untuk menjelaskan
keadaan sebenarnya dan ini penting sebab TV dan media yang dikawal oleh
kerajaan asyik terus menyembunyikan kebobrokan kepimpinan kerajaan yang punya
banyak sangat skandal dan seluruh dunia tahu membicarakan hal berkenaan sedang
di malaysia terselamat kesan ada yang melindungi segala tahi yang mereka
hasilkan baunya ke seluruh dunia tetapi di malaysia semacam harum saja dan
Najib seolah malaikat lagaknya.
Duit
sebenarnya ia juga racun dan ia juga penawar dan kesan ia racun ramai yang
menjadi gila dan otak tidak waras sebab pencuri mereka katakan malaikat dan
yang alim ulama dikatakan mereka menyesat. Inilah dunia kesan duit.
Sekarang
ini memang BN miskinkan Sabahan dengan harapan miskin itu mendekati kufur dan
bila kufur apa saja akan diusahakan tanpa mengira halal haram dan tanpa
memikirkan masa depan negara bangsa sendiri kerana yang penting dalam masa sama
kala miskin ialah perut harus diisi demi hidup. Itu sebab nabi tidak mahu
umatnya miskin alasan miskin mendekati kufur.
Barangkali
ada juga yang mengatakan PRU14 akan datang diperlukan berjuta-juta untuk
persiapan sedang peraturan SPR hanyalah sekitar 200-250k saja dibenarkan dan
selebihnya akan menjadi masalah itu termasuklah deposit, poster, gaji pekerja
dan sebagainya tetapi rasanya BN setiap parlimen mendapat sekitar RM1.5 juta.
Dari mana dana didapatkan?
Sebenarnya
duit itu bukan segalanya tapi segalanya perlu duit dan kerana itu barangkali
perlu juga kita merujuk kemenengan PBS dalam tahun 1985 dan ketika itu sesudah
PBS ditubuh tidak lama kemudian election 1985 dimulai tetapi kesan duit juga
PBS engkar dan tidak setia kepada rakyat Sabah lalu sertai UMNO/BN pengkhianat
negara bangsa sendiri. Benar?
Nah,
berdasarkan keadaan itu dulu sebenarnya PBS tidaklah menggunakan banyak duit
untuk hadapi BERJAYA yang memang mewah dan ketika itu PBS juga tidak ramai ahli
dan ramai KDM ketika itu masih dalam BERJAYA sebab tidak mahu terang-terangan
menyokong PBS kecuali mereka yang nekad. Sekarang ramai orang UMNO
terang-terangan sokong WARISAN. Jelas dan fakta!
Kala
itu kita sendiri tidak yakin Harris Salleh bakal tumbang di Tenom dan ketika
itu Datuk Kadoh tidaklah banyak sangat menggunakan duit untuk election itu
sekadar dibayarnya deposit dan kemudian belanja kempen tetapi sudahnya Datuk
Harris tersungkur.
Nah,
dimusim PRU14 akan datang ini saya kira agak beda sedikit kesan yang dalam UMNO
sendiri susah mahu hidup kesan projek tidak seperti dulu dan mereka sendiri
mengeluh, malah kalau adapun projek bersih parit itu miliknya famili YB sendiri
dan yang lain hanya mendengar dan melihat. Itu menjadikan orang marah, tetapi
mereka masih tetap dalam UMNO kesan masih menunggu peluang dan luang yang ada
mendatang kalau-kalau bulan jatuh ke
bumi.
Tetapi
dalam diam ramai sangat orang UMNO termasuk yang KDM menghubungi saya untuk
menubuhkan cawangan dan cawangan atau ahli-ahli yang ada itu dipindahkan kepada Parti Warisan
Sabah Sabah. Itulah
yang mereka katakan. Mreka yang kata bukan saya kata.
Dalam
UMNO sekarang ini memang susah dan lebih susah bila pengarah dan timbalan
pengarah jabatan air punya wang ratusan juta di rumah dan geran tanah begitu
banyak ada simpan di luar negeri sedang rakyat di desa kampung kesian hanya
mengharapkan air hujan atau sungai dan kalau adapun air kencing lagi laju.
kesihan!
Jam dua
ini di Rohayu restoran saya ketemu beberapa orang ketua cawangan UMNO dan ada
antara mereka itu punya ahli dalam cawangan sekitar 200-300 orang dan mereka
siap sedia serta WARISAN. Mulanya saya kata jangan nanti susah cari makan dan
jawabnya " kami nekad tuan haji" itulah semangat meremang bulu roma
saya hari ini.
Mereka
bakal sertai WARISAN tidak dipaksa dan duit tidak dihulur janji tetapi kesan
kesedaran perjuangan demi negara bangsa dan warisan yang ada ini.
UMNO/BN
tidak lagi sesuai
UMNO/BN mesti ditumbangkan
UMNO/BN mesti ditapungkangkan
dan WARISAN mesti dijunjung
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UMNO/BN mesti ditumbangkan
UMNO/BN mesti ditapungkangkan
dan WARISAN mesti dijunjung
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
JANGAN lupa 27 Nov, 2016 di dewan Hakka, batu 6 Sandakan bersama
DS Shafie Apdal.
No comments:
Post a Comment