The Sabah Insider Online….JUJUR KAH NAJIB MEMBENARKAN MA63 DIKAJI...


OLEH: SORAYA EGG
Tuesday November 15/2016

1.Desakan rakyat Sabah berhubung MA63 akhirnya dipersetujui oleh Najib untuk dikaji memandangkan kesannya telah merugikan Sabah dan Sarawak semenjak 53 tahun dalam gagasan Malaysia.

2.Pejuang pejuang hak Sabah tidak lagi terbatas hanya pada parti pembangkang,NGO tetapi komponen BN dan kumpulan atau individu sudah mulai mempromosi MA63 di ceruk daerah hinggalah ke pendalaman

3.Adakah UBN sudah sedar perjuangan mereka selama ini salah hanya menodai hak rakyat demi poket mereka atau merasa pengaruh mereka kian terhakis?

4.Rakyat kena awasi gerakan ini kerana mereka adalah ejen hanya memperkukuhkan BN untuk menyambung talian hayat kerajaan yang terdesak akibat pemimpin mereka tamak dan tidak jujur pada rakyat.

5.Rakyat Sabah kena tolak UMNO adalah merupakan halangan besar untuk merealisasi impian rakyat Sabah,selagi parti Melayu ini bertapak di Sabah adalah amat sukar mencapai objektif negeri menjadi sebuah negeri ber'outonomi' penuh dan mengembalikan haknya yang terkandung dalam MA63.

6.Atas alasan pemimpin pemimpin Sabah yang boleh bekerjasama dengan UMNO saja akan dipilih menjadi pemimpin untuk menguatkan cengkaman di Sabah supaya tidak kehilangan sumber dari negeri kaya dan makmur dengan hasil bumi anugerah Allah.

7.Mereka ini adalah golongan pemimpin hipokrit perlu dihapuskan dalam kamus politik Sabah penyebab utama kerugian dan negeri Sabah menjadi termiskin dalam Malaysia.
8.Membuktikan pemimpin yang ada sekarang ini tidak mampu memperjuangkan hak Sabah yang terbangkalai sejak 1963 lagi apa mereka buat selama ini?

9.Kecenderungan rakyat Malaysia menukar kerajaan ke tahap kemuncak tanpa berfikir panjang rakyat kena sokong untuk perubahan ini dan percayalah penghijrahan ke satu situasi akan membuka harapan Baru......


No comments:

Post a Comment