OLEH: SHAIMON S
JUMADI
AZMIE AZMAN
Sunday November
27/2016
SANDAKAN:- Seramai
5,000 orang ahli-ahli UMNO dari lima bahagian
UMNO Sandakan-Batu Sapi-Libaran Kinabatangan dan Beluran telah keluar
beramai-ramai menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk
Seri Shafie Apdal.
Upacara
penyerahan borang-borang kemasukan ke parti WARISAN daripada 5,000 orang ahli
UMNO/BN itu telah diadakan disesi perjumpaan raksaksa dengan para pemimpin
tertinggi WARISAN yang dilangsungkan di Dewan Hakka yang sekarang masih lagi berlangsung.
Dalam
ucapan Presiden WARISAN D S Shafie antara lain mengajak ahli-ahli UMNO di lima
bahagian itu agar keluar dan meninggalkan UMNO/BN yang merupakan kerajaan yang
dtadbir oleh para pemimpin UMNO yang penuh korap (Rasuah) dan pelbagai skandel
lagi yang membabitkan wang rakyat.
“Saya
bersyukur kedesaran ahli-ahli UMNO di
lima bahagian ini telah mengambil satu ketetapan yang berani meninggalkan
kerajaan kukuh besi ini dan berjuang
bersama-sama WARISAN Insya Allah WARISAN
akan menjadi kerajaan negeri selepas PRU14 nanti” katanya.
“Bertahun-tahun lamanya saya berjuang dalam UMNO tetapi perjuangan saya
hanya sia-sia sahaja gara-gara saya yang mencari kebenaran dan menegur tentang
isu 1MDB saya jadi mangsa penggantungan
ahli UMNO dan di pecat dari Kabinet
sebagai menteri saya redha.
“Sebenarnya
dalam UMNNO sekarang teralu banyak iblis dan syaitan kerana sering mengusik jiwa sanubari Najib
sehingga Najib begitu mudah termakan hasut-hasutan dari setan dan iblis yang
suka mencari kesalahan orang lain saya ingat tidak salah kalau saya hanya menegur yang betul” ujarnya.
Dalam
pada itu ucapan Ketua Parti Warisan Sabah (WARISAN) Libaran
Aris Melayu menyeru ahli-ahli WARISAN
agar sentiasa menanamkan semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk mempastikan perjuangan WARISAN di
Libaran lebih teguh dan kuat untuk
berdepan dengan calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU14 nanti.
Berita
selanjutnya mengenai jelajah Shafie Apdal akan disambung siarannya pada esok
Isnin.
No comments:
Post a Comment