BY
ADMIN DAP
Wednesday
November 23/106
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) berkata bahawa
kes rompakan telah berlaku dua kali berturut-turut di Perairan Bintulu pada
tahun ini dan menyebabkan pemilik dari Sandakan mengalami kerugian yang besar.
Walaupun
syarikat tersebut telah memaklumkan kepada penguatkuasaan maritim sebelum
berlepas, tetapi masih tidak dilindungi dengan sewajarnya.
Oleh
sebab kes rompakan berlaku di perairan yang sama secara berturut-turut, Wong
berasa curiga sama ada terdapat unit-unti beroperasi yang bekerjasama dengan
lanun yang menyebabkan insiden rompakan sering berlaku.
PEROMPAK....Gambar hiasan sahaja Picture by The Sabah Insider Online
Menurut
kepada laporan sebelum ini, pada 3hb Jun 2016, kira-kira 11.30 malam, 2 buah
kapal pengangkutan membawa muatan minyak sawit berjumlah 2,200 tan dengan nilai
RM12 juta dirompak di perairan Bintulu dan Miri. Syarikat Pengangkutan Kekal
telahpun melaporkan kepada polis mengenai kes rompakan ini dan malangnya pada
25hb Oktober 2016, sebuah kapal pengangkutan milik syarikat tersebut yang
membawa muatan 2,499 tan minyak sawit dengan nilai RM14.99 juta telah dirompak
di perairan yang sama.
Wong
mengkritik kegagalan penguatkuasaan maritim untuk melaksanakan kerja pertahanan
dengan sempurna, sehingga rakyat dipaksa menanggung kerugian yang besar.
“Menurut
kepada syarikat Pengangkutan Kekal, mereka akan memaklumkan kepada
agensi-agensi penguatkuasaan maritim sebelum berlepas dan mengekalkan hubungan
dengan pihak berkuasa dalam sistem kedudukan, jadi mengapakan kes rompakan
masih boleh berlaku sedangkan pihak berkuasa telah dimaklumkan? Mengapakah
kapal pengangkutan tidak dilindungi dengan sewajarnya? Mengapakah kes rompakan
boleh berlaku di kawasan perairan yang sama tanpa sebarang halangan? Adakah ini
berkaitan dengan agensi-agensi berkenaan yang berpakat dengan lanun ataupun
agensi-agensi penguatkuasaan maritim langsung tidak berfungsi?” katanya Wong.
Menurut
laporan pemilik syarikat Pengangkutan Kekal, kapal tersebut telah dihentikan
selama 10 jam dan anak - anak kapal dikurung dalam sebuah bilik sementara lanun
mengepam minyak sawit ke kapal mereka. Wong menggambarkan keadaan ini adalah
amat tidak masuk akal! Beliu membidas ketidakcekapan agensi penguatkuasaan
maritim dan tidak menjalankan rondaan dan rutin untuk mengekalkan hubungan
dengan kapal dalam perjalanan, sehingga lanun boleh menjalankan aktiviti
rompakan dengan senang sekali.
Beliau
menanya Menteri apakah kerja susulan dilaksanakan oleh agensi-agensi
pengangkutan maritim selepas kedua-dua kes rompakan ini? Adakah memburu lanun
yang berkenaan dan membawa ke muka pengadilan? Bagaimanakah kerajaan akan
menyelesaikan masalah ini? Beliau menegaskan bahawa kejadian rompakan di atas
laut bukan sahaja menyebabkan kerugian pemilik kapal pengangkutan, tetapi juga
kerugian ekonomi negara kita.
Menteri
Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy membalas bahawa berdasarkan data rompakan
di atas laut pada 2006 - 2016, terdapat 15 kes rompakan pada tahun 2006, 30 kes
pada tahun 2011 dan pada tahun 2016 hanya 2 kes sahaja (kedua-dua yang disebut
di atas).
Walau
bagaimanapun, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengambil
tindakan segera selepas menerima laporan untuk mencari dan menyelamatakan kapal
yang berkenaan, tetapi disebabkan insiden gagal dilapor pada masa tepatnya,
maka gagal menangkap perompak yang berkenaan.
Beliau
berkata bahawa walaupun kapal yang dirompak telah memasang sistem AIS
(Automatic Identification System), tetapi kerana perompak telah menutup sistem
tersebut selepas menahan kapal tersebut, maka pihak berkuasa tidak dapat
mengesan kapal yang berkenaan.
Nancy menegaskan bahawa berdasarkan siasatan awal terhadap kes
ini, pihak berkuasa mendapati kes rompakan ini dirancang oleh orang asing dan
sepatutnya tidak melibatkan orang dalaman. Walau bagaimanapun, siasatan masih
dijalankan.
No comments:
Post a Comment