OLEH: SHAIMON S JUMADI
Thursday November 24/2016
BARISAN ahli-ahli Majlis Teringgi PKR yang hadir sama pada mesyuarat tersebut
KINABATANGAN:- Mengenai kedudukan tanah adat (NCR) yang kebanyakannya
diceroboh oleh orang luar harus di pertahankan kerana tanah NCR adalah ahak
asasi dan milik orang-orang tempatan khususnya anak jati Sabah.
Banyak
sudah kes tanah adat (NCR) di Sabah
dibawa kemahkmah tinggi untuk di bicarakan sebahagian kes berjaya diselesaikan.
Tanah-tanah
adat (NCR) kebanyakan berlaku di Kudat-Kuamut-Kinabatangan-Ranau
Beluran-Keningau dan di kawasan pedalaman yang sering menjadi sasaran
pencerobohan oleh golongan kelongmerad dari Semenanjung.
Datuk
Kong Hong Ming bercakap ketika berucap di majlis Mesyuarat Penyusunan Semula Jentera Parti dan kedudukan
Ahli Jawatankuasanya Parti KeADilan
Rakyat (PKR) cabang Kinabatangan
baru-baru ini.
Kong
menegaskan ahli-ahli diperingkat akar umbi harus menanamkan semangat jati diri
bekerjasama semasa sendiri dan juga
parti gabungan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan DAP-PKR dan AMAMAH
untukmenjamin kemenangan calon-calon yang akan bertanding atas nama gagasan
PAKATAN HARAPAN memperoleh kerjayaan yang cemerlang pada PRU14 nanti.
Semangat
setia kawan dengan parti-parti gabungan
PAKATAN HARAPAN pelu di semai dan
dipupuk agar perjuangan parti PAKATAN HARAPAN kuat untuk berdepan dengan
musuh-musuh politik.
Sementara
dalam ucapan Ketua Cabang PKR Kinabatangan Damsah Hj Kalbin antara lain beliau
mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PKR kerana sudi melapangan masa untuk
hadir sama di majlis mesyuarat yang agak
penting ini.
Katanya
ahli-ahli PKR Kinabatangan harus bekerja kuat untuk memastikan perjuangan PAKATAN
HARAPAN diterima rakyat.
Mesyuarat
yang dilangsungkan di Sandakan Styles Hotel
telah dihadri lebih 100 orang
ahli-ahli PKR dari beberapa cabang.
No comments:
Post a Comment