The Sabah Insider Online… DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN UMNO/BN RAKYAT MALAYSIA SENTIASA DALAM KETAKUTAN



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Friday November 12/2016

MUSTAHIL Ketua Polis Negara  (IGP) tidak tahu kekebalan ahli-ahli parlimen berucap dan membahas apa-apa isu di parlimen yang terkait demi kepentingan negara.

Tidak mungkin juga Ketua Polis Negara tidak tahu mana yang patut dan mana yang tidak patut dibahas diucap oleh ahli-ahli  parlimen di dewan rakyat dan mustahil juga ketua polis negara tidak tahu perkara 63(2) Perlembagaan persekutuan itu.

Disamping itu mustahil juga speaker dewan rakyat yantg tahu undang-undang  boleh bercakap kenyataan ahli perlimen kalangan mantan menteri itu bercanggah dengan peraturan RAHSIA yang ditandatangani.

Kalaulah ahli parlimen sudah dikatakan KEBAL bercakap di parlimen, kenapa pula ketiganya disiasat dan bukankah ini sikap menakut-nakutkan ahli parlimen meski cara itu jelas bertentangan dengan undang2 yang dicipta dan diamalkan selama ini?



Kalau kepincangan dan ketidakbetulan kepimpinan negara tidak dapat dibahas di parlimen seperti kes 1MDB itu, maka apa gunanya ahli-ahli parlimen berada di sana untuk bincang dan bahas apa-apa yang demi kepentingan negara?

Jelas kebebasan bersuara ahli-ahli parlimen bawah kepimpinan Najib tidak lagi bebas dan bukan saja ahli-ahli  parlimen ditakut-takuti, malah rakyat juga dijaga ganggu oleh pelbagai akta yang menyebabkan ramai menutup mulut/menjahit mulut seperti orang bisu dan membiarkan saja kepimpinan negara menghabisi dana khazanah negara untuk kepentingan mereka.

Kebebasan apa nama ini duhai Najib?


No comments:

Post a Comment