The Sabah Insider Online......AKTIVITI KUARI HARAM JEJASKAN PERTANIAN PENDUDUK KENINGAU

OLEH: JOSEPH P ANDAU (KOTA BELUD)
Sunday November 13/2016


KENINGAU:- Akibat aktiviti pembukaan Kuari haram ini telah menuebabkan air sungai Pegalan dekat sini telah tercemar dan turut merosakan system agihan air untuk pertanian khususnya yang bersawah padi yang berhampiran.

Lebih 11 buah kampung yang berdekatan telah terjejas mata pancarian harian mereka akibat aktiviti haram yang dibiarkan oleh kerajaan walaupun ia telah menyebabkan punca sungai Pagalan tercemar.

Hal ini adalah amat membimbangkan dan kerajaan haruslah mengambil tindakan secepat mungkin dan terus memberi bantuan kepada petani pedalaman untuk meneruskan penanaman padi.

Oleh sebab pam air yang tidak berfungsi, ramai penduduk kampung tidak lagi menanam padi dan tanah ladang yang subur dulu, kini sudah terbengkalai.


Penduduk berkenaan menggesa Kerajaan memandang berat terhadap isu ini dan haruslah mempromosi dan menggalakkan perkembangan pertanian dan industri Sabah, supaya membolehkan petani pedalaman terus menjalankan aktiviti pertanian sebagai mata pencarian dan dengan keadaan ekonomi dan pendapatan yang semakin baik, taraf hidup rakyat Sabah baru akan ditambahbaikan.



No comments:

Post a Comment