OLEH:
ISNAILY BUNGSU
Wednesday
November 23/2016
SAYA tidak mahu katakan mana-mana parti yang baru ditubuhkan ada
antaranya agen BN sebab hati nurani pemimpin sukar sangat diketahui dan yang
tahu hanya Allah, sebalik kita insan biasa hanya bisa memikir dan menyangka
tetapi sangkaan itu tidak baik dan boleh saja menjadi fitnah kalau tidak benar.
Kesan
kerana yang diperkatakan di atas, maka saya usaha membuat kajian, meneliti
perkembangan masa lalu/PRU13 dan kewujudan-kewujudan parti baru dan siapa yang
di belakangnya dan itu kena kaji, telaah dan kemudian bisa dinilai
pandangan-pandangan yang lain serta
menteri-menteri yang ada dalam kerajaan.
Kajian-kajian
terperinci tidak dapat saya jelaskan
kesan belum sampai waktunya tapi yang kita nampak bersama boleh saja dikomen
ulas bedah untuk sama difikirkan.
Meneliti
dan telaah keadaan termasuk masalah kepimpinan itu sendiri, masa lalu, masa
sekarang dan meramal masa depan itu memang penting.
Musa
Aman kata dia ingin berkerjasama dengan pembangkang dan itu sudah dimulakan
oleh menteri luar. Ayat itu kena hati2 elak perperangkap.
Nik
Aziz pernah berkata yang namanya musuh memang kita sudah tahu tetapi kalau ada
musuh memuji kita atau mahu bersahabat dengan kita itu ada sesuatu yang tidak
kena dan kena hati-hati.
Nah,
berdasarkan kata-kata itu maka kita kena berhati-hati dalam bertindak untuk seterusnya
kerana kita khuatir kita bisa saja termasuk dalam perangkap yang memang sudah
mereka sediakan untuk kita.
Saya
ulang lagi bahawa Musa Aman kata dia bersedia berkerjasama dengan pembangkang
demi sabah dan pada hakikatnya memang saya bersetuju tetapi dalam masa sama
bila Jeffrey bangkit di DUN Sabah isu P63/perkara 20, maka dia kelihatan
marah/naik angin sedang yang disuarakan oleh Jefrey memang sesuatu yang
penting. Kenapa saja yang disuarakan oleh Jefrey itu tidak dijadikan
perbincangan di DUN Sabah?
Kemudian
dalam masa sama sebelum itu pula adakan forum dan yang namanya YTL dan Jefrey
sendiri satu meja dengan menteri pemerintah dan akui kepentingan M63 itu dan
bukankah apa yang dikatakan di DUN dan di forum itu semacam ada tembuk pemisah
dan bila Darell Leiking
suarakan di parlimen segera pandikar katakan itu tidak sesuai dan secara tak
langsung tidak dibenarkan.
Lalu,
berdasarkan kenyataan di atas jelas apa saja yang dimahukan bila dikatakan kerjasama
itu?
Ini
menjadikan saya keliru dan sekali lagi mereka yang di atas usaha memainkan
emosi mahu merubah kepercayaan rakyat semula percaya usaha mereka meski sudah
53 tahun gagal total.
Sebenarnya
saya tidak melihat kerjasama yang dimaksudkan menjurus kepada kebaikan kala
kita lihat tindakan Malaya terhadap Sabah amat keterlaluan hingga Sabahan
penerima anugerah termiskin dan perjanjian M63 itu memang diabaikan dan rakyat
Sabah semacam peminta sedekah hingga miskin papa kedana.
Nah,
yang kita lihat baik pembangkang tertentu dan pemerintah sendiri mempunya
kepentingan untuk meyakinkan Sabah agar masing-masing meraih undi kepercayaan
rakyat di PRU-14 dan ada pula gunakan parti sebagai niaga untuk raih dana
berjuta tanpa ahli-ahli tahu.
Nah,
saya simpulkan segalanya semacam permainan teater "on stage" mesejnya
raih undi dan akhirnya nanti rakyat tertipu untuk lima tahun lagi dengan beban
GST hidup menyepit kantung kian kosong dan derita terus bermaharalela.
Rasanya
kita ini memang Allah berikan AKAL dan Otak yang beda dengan haiwan dan
gunakanlah akal itu sebaik mungkin agar kita tidak kena tipu lagi dan jangan
sampai kita kena tipu berulang kali dan jika itu berlaku maka jelas kita ini
bebal dan bangang.
No comments:
Post a Comment