OLEH: SHAIMON S JUMADI &
ADMIN DAP
Thursday November
17/2016
SANDAKAN:- Ahli Parlimen
Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt
menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
diperhimpunan Agung MCA dab LDP baru-baru ini sebagai berkata Kerajaan BN akan membina sekolah Cina lebih
banyak di seluruh pelusuk Negara.
Peruntukan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan
Cina juga akan ditambah dan Wong berpendapat pengumuman ini bukan perkara yang
baharu, sudah diulangi berkali - kali pada masa yang berbeza, tetapi tidak
pernah menjadi kenyataan yang janji-janji manis sahaja.
Pengumuman Najib itu bertujuan untuk menyedapkan hati
kaum cina sahaja inilah taktik kotor kerajaan BN namun
sebaliknya tiada kesudahannya.
Dalam pada itu Wong juga melahirkan perasaan kecewa
terhadap Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon
yang menegaskan bahawa pengiktirafan UEC masih memerlukan masa lagi. “Isu
pengiktirafan UEC dibangkitkan oleh MCA sejak pilihanraya yang lalu, sehingga
pilihanraya Sarawak, Chong masih menegaskan pengiktirafan UEC akan mencapai
dalam “perjalanan yang singkat lagi”.
Wong mendakwa kenyataan
beliau sampai hari ini pun belum ditunaikan dan hal ini amat mengecawakan
rakyat
Wong menegaskan bahawa pengiktirafan UEC tidak haruslah
dijadikan perjanjian manis di pilihanraya sahaja, perjanjian harus ditunaikan.
Layanan yang adil
haruslah diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan sebagai contoh,
peruntukan untuk semua aliran sekolah haruslah berdasarkan keperluan mereka,
iaitu berdasarkan keperluan kawasan dan populasinya.
“Dalam perkembangan lain mengenai rusuhan kaum yang
sering dilakukan oleh Kumpulan Geng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua UMNO
Bahagian Sungai Besar Jamal Mohd Yunos yang menjurus membawa aktiviti-aktiviti
keganasan kenapa para pemimpin
parti-parti komponen seperti MCA-MIC-Gerakan-PBS LDP-UPKO dan PBRS seorangpun
tidak berani menyuarakan mengenai tindakan geng Baju Merah ini seolah-olah para
pemimpin BN menghalalkan perbuatan kumpulan
Baju Merah membuat kacau bilau dan huru-hara dalam negera: tegas Wong.
No comments:
Post a Comment