OLEH: ISMAIL ZULKIFLIE MOHAMED
(KUANTAN)
Monday November
14/2016
PARA pemimpin atasan khususnya Majlis Tertinggi
UMNO (AMT) seharusnya memberi nasihat kepada Jamal Mohd Yunos Ketua Geng baju
Merah agar menghentikan membuat rusuhan kaum di sana sini yang boleh menjejaskan nama baik
perjuangan UMNO?BN di persada politik tanah air.
Bila kita
mengimbau sejenak perbuatan jamal Yunos bukanlah berpapsikan dan
menjurus untuk mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNo/BN tetapi condong
kepada menghancurkan UMNO?BN pada PRU14
nanti.
Kemarahan terhadap perbuatan Jamal bukan saja
di kalangan bangsa Cina-India bahkan bangsa Melayu sendiri 90 peratus meluat marah dengan kelakuan jahil Jamal yang
bukan sekadar menjatuhkan maruah UMNO/BN pemimpin UMNO/BN bahkan turut mencemar
nama bangsa Melayu sendiri.
Saya sebagai penulis artikel ini tidak memihak
mana-mana samada Geng baju Merah atau geng baju Kuning hanya sekadar memberi peringatan kepada para
pemimpin UMNO/BN agar membuat satu teguran agar Jamal Yunos menghentikan perbuatannya itu.
Kalau baju kuning buat rusuhan yang melanggar undang-undang laporkan saja ke pihak Polis orang-orang
UMNO/BN sedia maklum pihak polis memang berat kepada UMNO/BN tangkap satu persatu
Geng baju Kuning kalau mereka langgar undang-undang bukan Baju Merah yang
bertindak hingga mencederakan seorang anggota polis di Sabak Bernam bulan lalu.
Si Jamal sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang ramai
pengikutinya seharusnya mempunyai sikap
dan sifat ciri-ciri sebagai seorang pemimpin bahagian yang dihormati.
Sekarang
tiada sesiapa yang mahu hormat dengan Jamal Yunos kalau sikap ganasnya beterusan buat huru hara dalam Negara tanpa
adanya sekatan oleh polis pihak.
Dalam rusuhan kaum kelmarin khabarnya Jamal
Yunos kena ditunbuk oleh orang yang tidak dijkenali dan Jamal menuding jari ke arah
polis yang menumbuk muka Jamal hingga
berdarah hidungnya.
Tuduhan Jamal terhadap anggota Polis yang menumbuk
muka Jamal itu tuduhan berat Jamal boleh
diambil tindakan polis jika dakwaannya tidak benar main tuduh melulu sahaja kepada onggota polis yang letika itu mereka
menjalankan tugas bagi menjaga keamanan.
Sekali lagi saya mohon jasa baik para
pemimpin UMNO/BN yang lain agar dapat memberikan nasihat kepada Jamal agar
hentikan perbuatannya yang terang-terang melanggar disiplin UMNO/BN yang mencemarkan
nama abik UMJNO/BN susah nanti mendapatkan sokongan undi pada PRU14 nanti.
Para Pemimpin jangan terlalu pandang
remeh terhadap jenayah yang dibuat oleh
Kumpulan geng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos nanti UMNO/BN yang kena
padahnya
Mana suara-suara MIC-MCA-GERAKAN -PBS-UPKO-LDP
dan PBRS dalam komponen Barisan Nasional
(BN) kenapa membisu seribu bahasa kenapa tiada apa-apa cadangan kepada para
pemimpin UMNO supaya geng baju Merah menghentikan melakukan keganasan yang boleh menjejaskan
BN.
No comments:
Post a Comment