DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON
S JUMADI
Monday
November 21/2016
BILA saya menulis dan merungkai sedikit sebanyak tentang isu
kebanjiran Bangladesh di Negara ini di
beberapa siri yang tersiar di media portal The Sabah Insider Online dikatakan
sebagai propaganda semata-mata untuk mengelirukabn rakyat di negara ini.
Tetapi
kenyataan demi kenyataan yang saya
bongkar tentang isu kebanjiran warga Bangladesh di Negara ini yang berjumlah
mencecah 1.5 juta ada hubung kaitannya
apa yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri
Aziz.
Berikut
petikan kenyataan menteri berkenaan yang tersiar di portal Malaysiakini pada
21-11-2016 sebagai berkata.
“Dalam usaha menggalakkan hubungan baik
antara dua negara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz
menyatakan harapannya lebih ramai warga Bangladesh dari seluruh dunia
menjadikan negara ini rumah kedua mereka.
Secara lebih khusus, dalam ucapannya sempena Sidang Kemuncak
Bangladesh Global pertama di Kuala Lumpur malam tadi Nazri merujuk kenyataan
itu kepada program Malaysia Rumah Keduaku yang terletak di bawah
kementeriannya.
"Saya memberi jaminan kepada anda - sebagai menteri
pelancongan - jika anda memohon untuk program ini, ia akan dirujuk terus kepada
saya. Insya-Allah saya akan luluskan," katanya kepada peserta yang terdiri
daripada anggota Persatuan Bangladesh Seluruh Eropah (AEBA).
Memetik beberapa persamaan budaya antara penganut Islam di
negara ini dan Bangladesh, Nazri berakata, ramai orang Bangladesh mungkin
akhirnya boleh menjadi rakyat Malaysia.
"Anda ada seorang duta yang sangat baik di sini. Jika
beliau tinggal di sini lima tahun lagi, beiau boleh menjadi warga
Malaysia," katanya merujuk kepada diplomat berkenaan, Md Shahidul Islam.
Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas memberitahu tidak
ada perbezaan antara orang Malaysia dan Bangaldesh.
"Kita semua kelihatan sama. Malah anda boleh menemui orang
Melayu yang lebih gelap daripada anda.... Jangan bimbang," katanya yang
turut menyatakan Malaysia juga mengalu-alukan Muslim lain dari seluruh dunia.
Katanya kehadiran orang Bangladesh sangat penting kepada
Malaysia kerana ia sejajar dengan perasaan bangga dengan ciri-ciri Asia.
Satu lagi sumbangan orang Bangladesh, kata Nazri, adalah sebagai
tenaga buruh yang membangunkan ekonomi negara ini.
Pada masa sama Nazri juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia boleh melawat
Bangladesh melalui pakej istimewa ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan.
Antara lain katanya pakej yang menawarkan perjalanan mengerjakan
umrah dengan persinggahan di Bangladesh, sama ada ketika pergi atau balik.
Sebagai kesimpulan kebanjiran Bangladesh ke Negara ini
ertinya rakyat tidak boleh mempertikaikan kerana menteri berkenaan yang mewakili
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah
memberi keutamaan kepada Bangla yang sudah tinggal di Negara ini dalam pelbagai
aspek kemudahan selain memberi pengikhtirafan sebagai warga negara Malaysia.
Memang
saya sudah jangkakan Malaysia adalah rumah terbesar himpunan Bangladesh di Asia
tenggara.
Kalau
kebanjiran Bangla ke nagara ini semakin ramai yang boleh mencecah 5 .7 juta dan
90 peratus dijadikan warganegara Malaysia
apa kah impaknya pula kepada rakyat asal negara ini seperti Melayu-India
dan Cina.
Kalau
Bangla sudah diikhtiraf warganegara
Malaysia sama taraf dengan warga Malaysia yang penduduk asal Negara ini mereka
sudah tentu boleh membuat tuntutan
pelbagai jenis kemudahan yang disediakan oleh kerajaan .
Apa
kata rakyat asal Negara ini dapat kemudahan dari kerajaan dalam
pelbagai aspek seperti kemudahan pinjaman bank untuk berniaga-beli rumah
pendidikan dan bantuan-bantuan lainnya mereka
tentu menuntut hak yang sama dan perkara ini tidak boleh dielakan kerana
mereka sudah menjadi warganegara Malaysia serupa kita yang mempunyai hak asasi
yang sama.
No comments:
Post a Comment