The Sabah Insider Online……MASIH ADA MASALAH LAGI PUJUK ELLY MAZLIEN IKUTI GEGAR VAGANZA 2016 ……TEGAS KEMELLIA


OLEH WAN FARIDAH WAN AHMAD (PETALING JAYA)
Friday November 12/2016

KUALA LUMPUR:- Masih ada masa lagi  pihak penerbit  program Konsert Gegar Vaganza 2016 untuk memanggil semula terhadap Elly Mazlien untuk meneruskan mengikuti pertandingan Gegar Vaganza terbitan ASTRO Ria.

Elly Mazlien tersingkir oleh pebuatan Ketua Juri Gegar Vaganza Datuk Ramlie MS dengan tidak menilai sebaik-baiknya kewibawaan seseorang penyanyi yang sudah berjaya mengeluarkan beberapa album.

Pengerusi Ahli Lembaga portal media The Sabah Insider Online yang juga merupakan seorang aktivis  masyarakat Datuk Seri Paduka Kemellia Hassan  yang juga merupakan peminat program-program berbentuk hiburan yang diterbitkan oleh ASTRO di beberapa Channel ingin merungkai sedikit bahawa Ketua Juri Gegar Vaganza tidak sepatutnya melontar kata-kata kesat yang boleh mengguris hati perasaan orang lain lagi-lagi terhadap Elly Mazlien sebagai peserta.


Kemellia membuat kenyataan ini ekoran kontraversi mengenai penyingkiran Elly Mazlien yang tiada kesudahanhnya malahan kemarahan penonton  terhadap Ramlie MS dan pihak ASTRO semakin hari semakin membara.

Kata Kemllia lagi akibat perbuatan Ramlie MS telah menimbulkan kontraversi di kalangan penonton ramcangan tersebut yang pro Elly Mazlien mereka juga turut tersinggung.


Dengan penuh harapan yang tinggi setinggi Gunung Kinabalu saya memohon jasa baik dan budi bicara pihak penerbit Gegar Vaganza 2016 dan penaja program tersebut Dato Seri Vida agar-agar sama-sama duduk semeja berbincang untuk memanggil  semula Elly Mazlien untuk ikuti pertandingan tersebut dan beri peluang sekali lagi.

No comments:

Post a Comment