The Sabah Insider Online...... RASUAH DAH JADI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA


(heret perasuah ke mahkamah)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday November 25/2016


KITA sudah bosan bila membicarakan soal RASUAH. Meski pada hakikatnya dilaungkan bantai rasuah, tetapi rasuah itu semacam budaya yang pelaku seolah tidak bersalah malah seolah kebilangan bila pelakunya VVIP dan kemudian didiamkan sepertinya orang tak bersalah.

Mereka yang kerja polis/penjawat awam gaji kecil terima rasuah RM100 itu bisa diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara sedang yang berbilion selewengkan dana bebas malah begitu hebat dipuji sanjung mulia.

Inilah negaraku namanya Malaysia dan itulah kenapa BERSIH diadakan dan tujuannya jelas mahu keikhlasan, kejujuran pemimpin memimpin negara agar negara Malaysia ini sepertinya negara lain atau lebih baik banding mereka.

Apa jadinya sekarang, yang terakhir wang kita sendiri rupanya tidak lagi laku di negara Arab, malah di negara lain kala disebut ringgit menjadikan negara asing ragu-ragu dan kesannya tidak hairan duit kita lebih kurang macam duit pisang di zaman Jepun menjajah tanah Melayu. Inikah yang namanya kemajuan?

Bila disebut soal JAS, maka di DUN Sabah berulang lagi dan DS Shafie yang bukan DUN dibantai kaitkan sedang dia bukan DUN dan tidak terdaya menjawab dan alangkah baiknya diusul di parlimen agar baik Darell Leikingatau DS Shafie sendiri bisa menjelaskan keadaan itu atau DS Musa sendiri katakan di luar dewan dan tidak selindung kesan ada kekebalan di DUN Sabah.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini semua projek yang bentuknya NEGO hanya dua orang sahaja yang boleh meluluskan iaitu Musa Aman sendiri dan kemudian Najib Razak dan yang lain semua menteri tidak berhak kecuali dua orang itu sahaja ada kuasa ikut jumlah yang ditentukan.

Sementara Projek yang ditenderkan itu diluluskan oleh JK Tender dan biasanya yang pengerusikan tender ialah KSU Kem Kewangan Malaysia atau SUT Menteri kewangan Sabah atau kuasa-kuasa itu diturunkan kepada pegawai bawahan.

Kalau ikut peraturan yang ditetapkan itu jelas tidak salah dan tidak boleh dikenakan hukuman apa-apapun dan laporan audit negara sudah menjelaskan laporan kewangan di Sabah memang terbaik 10 tahun kebelakangan.

Kalaupun ada projek-projek  kecil bawah kementerian berkenaan itu dipengerusikan oleh SUT/KSU kementerian berkenaan dan yang duduki kerusi JK itu sendiri terdiri wakil Kewangan dan juga wakil jabatan/kementerian projek berkenaan bakal dilaksanakan.

Seperti awal-awal  saya katakan yang semua menteri bukan penjawat awam dan mereka tidak terkait meluluskan apa-apa projek ikut peraturan yang sedia ada kecuali Musa Aman dan Najib Razak sendiri dan itu yang tandatangan surat kelulusan tentunya KSU/SUT kementerian berkenaan dan bukan menteri.

Kes  Jabatan Air Sabah (JAS) yang dikatakan RM114 juta didapati di rumah itu bawah kerajaan Negeri dan yang melantik mereka ke kerusi berkenaan ialah pihak berkenaan di Kerajaan Negeri Sabah dan KKLW langsung tidak ada kaitan.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Musa Aman di DUN maka itu kelemahan sendiri kerajaan negeri Sabah yang tidak dapat kuasai pegawai-pegawai  bawah negeri Sabah dan yang kita tahu kedua pengarah dan timbalan Pengarah amat rapat dengan Musa Aman serta kepimpinan Negeri Sabah sebaliknya DS Shafie memang tidak kenal keduanya.

Kalaupun DS Shafie terlibat, maka tentunya tidak mungkin DS Shafie mengarahkan wang berkenaan di simpan di rumah kedua yang dimaksudkan sebab yang berkenaan rapat dengan pemimpin negeri dan adik mantan pengarah air itu sendiri yang namanya muslim pernah duduki kerusi bendahari UMNO Kimanis dalam tahun 2008/9 hingga 2013 sebelum Raymond ambil alih jawatan berkenaan dari adiknya pengarah. Betul?

Pernah diuar-uarkan yang mantan pengarah itu dipindah untuk duduki kerusi kerusi pengurus besar keretaapi negeri Sabah tetapi kesan mendapat membelaan maka perpindahan itu dibatalkan kata orang dan dikekalkan di JAS hingga kes berkenaan terbongkar.

Nah, berdasarkan apa yang saya perkatakan ini memang tidak ada asas untuk mengaitkan DS Shafie dengan kes itu dan mengatakan DS Shafie kaya raya dan punya wang berjuta itu hanya andaian semata dan kalau memang ada sesiapa yang mengatakan itu bolehlah lapor ke SPRM dan POLIS terus dakwa dan itu caranya yang terbaik.

Sehingga sekarang kasus JAS, DS Shafie tidak pernah dihubungi oleh SPRM, malah DS Shafie menjelaskan yang dia siap kerjasama dengan POLIS/SPRM jika diminta untuk maksud memberikan kerjasama dan serentak itu dia juga menjelaskan agar serahkan saja SPRM menyiasat dan ia tidak mahu semacam mengganggu siasatan SPRM.

Jika Kerajaan serius tangani isu berkenaan, disamping diharapkan SPRM siasat secara terperinci dan heret yang berkenaan ke muka pengadilan, juga BN harus siapkan KERTAS PUTIH untuk tangani kes rasuah di Sabah dan kes JAS diutamakan untuk disegerakan.

Dengan demikian barulah rakyat Sabah tidak ragu soal ketelusan dan tidak lagi menjadi persoalan atau teka teki siapa yang bersalah dan rakyat memang mahu ketelusan dan kita sendiri tidak ingin rasuah ini bermaharajaleka dan setuju siapa saja terlibat rasuah dan didapat bersalah kena laksanakan hukum yang sedia ada itu.



No comments:

Post a Comment