The Sabah Insider Online…..IBUBAPA DI SARAN DIDIK ANAK-ANAK DALAM PELAJARAN…..ZAKARIA


Gambar Kelihatan…..Zakaria bersama para pegawai dan AJK selepas merasmikan seminar anjuran bersama Yayasan Sabah dan UPPM Gum Gum

 OLEH: KURAPAN A/L PANAUAN
 Friday November 25/2016

GUM-GUM:-  Ibubapa mempunyai peranan yang sangat besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain dari guru.

“Antara rumah dan sekolah, rumah merupakan tempat paling lama anak-anak kita berada. Maka distulah, para ibubapa memainkan peranan mendidik anak-anak mereka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum dalam ucapan semasa merasmikan seminar “Peranan Ibubapa Dalam Pendidikan” anjuran bersama Yayasan Sabah dan UPPM Gum Gum di Kampung Satura di sini baru-baru ini.

Justeru itu, Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, menyeru golongan ibubapa agar menjalankan amanah mendidik anak-anak di bawah jagaan mereka sementara mereka mendapatkan ilmu dan bimbingan dari guru-guru sehingga ke menara gading.

“Jangan meletakkan tanggungjawab mendidik ditangan pendidik, sebaliknya ibubapa harus peka, prihatin dan serba serbi tahu tingkah laku anak mereka. Ini kerana saya percaya didikan awal di rumah mampu membendung keruntuhan institusi kekeluargaan,” tambah Zakaria.

Kerajaan memberi perhatian kepada isu keruntuhan institusi kekeluargaan kerana isu moral dan anak-anak muda kita mudah terpesong dari landasan agama. Mereka terlibat dengan segala kegiatan jenayah termasuk penagihan dadah, kata beliau lagi.

“Maka itu, saya menyeru ibubapa supaya sentiasa mendapatkan maklumat semasa dan memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu agama yang baik sebagai pedoman hidup,” kata Zakaria.

Beliau juga menasihati ibubapa sentiasa memberikan kerjasama termasuk menyertai program-program seperti seminar anjuran bersama Yayasan Sabah dan UPPM Gum Gum ini kerana ia akan memberikan mereka pendedahan mengenai pentingnya ilmu dan pendidikan,” katanya lagi.

“Marilah bersama-sama berganding bahu memastikan belia kita mendapat ilmu yang mencukupi sebagai persiapan mereka mencapai cita-cita terutama anak-anak dari Gum Gum,” kata Zakaria.



No comments:

Post a Comment