The Sabah Insider Online…..CEO PORTAL THE SABAH INSIDER ONLINE JUN ABDULLAH NAFI DAKWA TSI BERAT SEBELAH (BIAS) TIDAK BENAR



OLEH: JOSEPH P ANDAU (KB)
THOMAS SINGGIUK (KK)
Thursday November 24/2016

KOTA KINABALU:- Peningkatan dan perkembangan  media portal The Sabah Insider Online yang dutubuhkan pertengahan tahun 2014 sehingga 2016 semakin hari semakin mendapat tempat di hati para peminat pembaca berita-berita diawang-awang ini khsusnya The Sabah Insider Online di seluruh Malaysia.

Konsep dan motto portal Sabah Insider yang tidak berat sebelah dalam menyiarkan berita-berita semasa sama ada cerita politik  dipihak kerajaan mahupun dipihak pembangkang asalkan cerita itu menarik dan sesuai dan tidak melanggar etika kewartawanan  ianya mendapat tempat di ruang portal ini.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) The Sabah Insider Online Jun Pacifico Abdullah (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa dakwaan kononnya portal The Sabah Insider Online adalah lidah pembangkang dan berat kepada pembangkang itu sangkaan yang tidak tepat.

“Memang banyak artikel-artikel datangnya dari penulis  penyokong pembangkang telah menghantar karya-karya mereka untuk disiarkan  pihak penyunting tiada pilihan  lain menyiarkan  bahan-bahan tersebut sebagai tatapan masyarakat dalam sesuatu perkara atau hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan rakyat di seluruh Negara.

Tidak dinafikan pihak kami juga banyak menyiarkan berita-berita mengenai pembangunan  yang datangnya daripada ahli parlimen Batu-Sapi (BN) pihak edirtor kami tidak mengenepikan artikel-artikel tersebut” kata Jun dengan panjang lebar.

“Tuduhan yang mendakwa portal The Sabah Insider Online yang didakwa berat  sebelah berat kepada pihak pembangkang adalah tidak benar Sabah Insider adalah Neutral and Flexible and Hot Spot News” tambah Jun

Dalam sesi pertemuan dengan para krew dan wartawan The Sabah Insider dengan Charles P Adiang Ketua Editor-Shaimon S Jumadi Senior Editor-Thomas Singgiuk Ketua Biro (Wartawan  Kanan) -Azmie Azman-Kurapan A/L Panauan dan Joseph P Andau (Sabah) Wan Faridah Wan Ahmad dan Kamaruddin Zaman  (Ketua Biro-Wartawan Kanan (Kuala Lumpur)  saya sering kali mengingatkan mereka sebagai wartawan jangan bersikap berat sebelah sebab portal ini adalah sebagai wadah pembaca masyarakat yang berbilang kaum diseluruh Negara dalam pelbagai faham idologi politik yang berbeza-beza  jelasnya

Jun menambah sebagai makluman sekarang jumlah pembaca portal The Sabah Insider  seramai 535,469 setakat ini  syabas   kepada rakyat seluruh Negara kerana sudi membaca berita-berita mahupun artikel-artikel panas dan sensasi ini dari masa kesemasa.



No comments:

Post a Comment