The Sabah Insider Online……..BENARKAH MUSA SEDIA KERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG ISU MA63 DAN STATUS NEGERI ?



OLEH: SORAYA KIGIS
Thursday November 24/2016

1.ALHAMDULILLAH  pemimpin Sabah terutama dari Barisan Nasional sedar dan faham kedudukan Sabah dalam Malaysia dan MA63 telah dimungkiri oleh persekutuan sudah mencapai 54 tahun.

2.Pada satu ketika Barisan Nasional Sabah mendakwa MA63 dan status Sabah tidak relevan kerana telah dilaksanakan dan sebahagiannya telah diserap dalam tubuh perlembagaan Persekutuan.

3.Setelah rakyat berjuang terus mendesak kerajaan pusat perlu bertanggung jawab dan adil untuk memenuhi pra-syarat kemasukan negeri ini dalam gagasan Malaysia dan dokumen lain yang menjadikan Sabah tidak diabaikan haknya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dalam jajaran kemajuan yang dikecapi oleh negeri negeri lain di semenanjung Malaysia.

4.Namunpun rakyat Sabah yang sedar tuntutan hak Sabah perlu dipenuhi oleh persekutuan tapi malangnya sebelah pihak Barisan Nasional cuba menghalang menegak benang yang basah malahan mereka memandang sinis pada pemimpin pembangkang sehingga telah membawa beberapa individu ditahan di bawah akta ISA.

5.Kesedaran dan kebangkitan Sabah For Sabahan telah banyak menyedarkan orang ramai pada mulanya hanya tertumpu kepada beberapa pemimpin parti dan NGO tetapi telah meluas sehingga menjangkau ke luar bandar malahan di pedalaman turut sama menuntut hak negeri mereka wajar ditunaikan oleh kerajaan Najib.

6.Dalam keadaan Barisan Nasional Sabah di bawah teraju Musa Aman, terdesak dalam isu ini telah membawa usul di dewan undangan negeri berhubung MA63 dan status Sabah dikategorikan sebagai rakan kongsi dan mempelawa pihak pembangkang untuk sama berjuang dalam tuntutan hak Sabah yang cuba dimanipulasikan oleh kerajaan pusat.

7.Ekoran cadangan kerajaan negeri itu telah menarik perhatian umum dan tidak juga kurang merasa terkejut terhadap pendirian Musa Aman yang selama ini lantang dan naik berang sesiapa saja menyentuh isu ini baik di luar atau dalam dewan undangan negeri. Apa review-review hahahaaa......

8.Turut menjadi sorotan Datuk Salleh Said pendiriannya berubah berhubung isu ini yang mana pada satu ketika dulu menurutnya MA63 tidak ujud dan terbatal kerana tidak pernah ditanda tangani tambahan Singapura telah menarik diri dari gagasan Malaysia.

9.Kedua dua figur ini perlu diberi perhatian kerana tidak berintegriti berhubung isu isu semasa dan selalu berpura pura untuk menyelamatkan diri sendiri.

10.Adalah diingatkan mana mana pemimpin dan parti yang cuba bekerjasama dengan Barisan Nasional berhubung isu ini adalah merupakan ejen untuk melangsungkan hayat pemerintahan kerajaan yang sedang memerintah.


No comments:

Post a Comment