OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday 14 November 2016
WONG...Sedang mendengar aduan daripada penjaja mengenai masalah yang mereka hadapi.
SANDAKAN: (Monday) Jawatankuasa Pusat Khidmat
Rakyat yang dikelolahkan Parlimen
Sandakan (DAP) telah mengadakan program
Walkabout (Turun Padang) bagi membuat tinjauan ke dua pasar iaitu Pasar Tanah Merah dan Pasar
Kim Fung kelmarin pagi.
Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tien Fatt telah di temani oleh Frankie Poon Pengerusi CLC DAP
Tanjung Papat dan Kalwin Chong Pengerusi CLC Karamunting untuk menemui
para peniaga di kedua-dua pasar berkenaan untuk mendengar luahan para penjaja dan disamping menemui rakyat.
Wong berkata sebagai Ahli
Parlimen Sandakan ini sudah menjadi tanggungjwab wakil rakyat untuk turun padang untuk menemui
rakyat agar segala permasaahan rakyat dapat diambil tindakan dan seterusnya diajukan kepada
pihak-pihak yang berkenaan.
Berkaitan masalah yang di
hadapi oleh para penjaja di kedua-dua pasar tersebut ia akan dirujuk kepada
pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakam segera.
No comments:
Post a Comment