OLEH:
SORAYA EGG
Saturday
November 26/2016
1. Apakah kita sedar dari 1963 -2016 Sabah
penyumbang besar tetapi dapat pulangan yang sedikit baik ekonomi mahupun
politik dari persekutuan.
2.Keadaan sekarang telah berbeza. UMNO di Semenanjung
berpecah, tindakan yang dimulakan oleh Tun M selamatkan Malaysia dan
menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah
sebegitu teruk dan Sabah sudah mulai tahap kesedarannya terhadap hak mereka
semakin tinggi.
3. Apakah kita akan terlepas lagi peluang keemasan
sebegini atau apakah kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan
kestabilan politik di Malaysia Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap
gaban dan amat sukar dibetulkan?
4.Saya katakan TIDAK PERLU. Kita mesti FOKUS menuntut
HAK KITA dan memajukan diri agar tidak terus bergantung harap kepada mereka.
Tuntutan kita perlu diteruskan secara agresif berpaksi empat perkara teras: keselamatan,
pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa sebagai asas perjuangan agar seimbang
dengan apa yang ada di Malaysia Barat malah kalau boleh lebih baik kerana kita
punya pelbagai sumber dan kekuatan.
5.Kita hanya menuntut hak kita, Simpanan deposit kita
yang telah digunakan untuk pembangunan di Malaysia Barat semasa era-era
pemerintahan sebelumnnya. Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama
ini beserta keuntungannya sekali.
6.Yang utama jangan lagi kita bercakaran seperti
sebelumnya. Kekalkan perpaduan dan keharmonian. Kerana Sabah mempunya potensi
besar dan sumber hasil yang banyak anugerah Ilahi yang belum diterokai baik di
darat mahu pun di laut.
7.Sabah juga mempunyai perpaduan yang tinggi jika
dibandingkan di Malaysia Barat walaupun pelbagai etnik,anak-anak Sabah
mempunyai kepakaran, kemahiran, dan kecenderungan yang berbeza. Gunakannya
sebagai pertimbangan membangunkan masyarakat di Sabah. InsyaAllah, kita akan
kekal bermuafakat.
8.Gunakan kelebihan anugerah Allah kepada negeri kita
dengan tanah yang subur dan khazanah di perut bumi tak terkira nilainya sebagai
senjata berlindung seandainya kita bersendirian InsyaAllah kita terus hidup
makmur.
9.Dengan syarat utama, kita mesti memilih pemimpin
yang boleh membawa kemajuan kepada kita secara kolektif, bukannya seseorang
yang hanya boleh menjaga kepentingan kita sahaja. Apa yang kita mahukan adalah
seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk kita
berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin kelestarian anak cucu kita.
10. Terpulanglah kepada kita untuk memilih senang atau
susah. Itu hak kita.
No comments:
Post a Comment