KIRIMAN POPO RINA
Monday November 07/2016
Sampai bila kita bergantung kepada kuasa
pemimpin-pemimpin dari malaya.. ? kita sudah terasa dan melihat sendiri dengan
dua biji mata didepan kita kerana penipuan dan berat sebalah yang mereka cipta
tampa merasa sedikit pun sympathy terhadap rakyat Sabah.
Sudah banyak perkara yang
merika telah cipta untuk menipu dan tindakan berat sebelah terhadap rakyat
Sabah, tidak terkira dosa-dosa yang
mereka hadiah kepada rakyat Sabah yang begitu baik kerana berdiam diri walaupun
hasil disonglap sekian lama, sangup menahan kesensaraan untuk hidup walaupun
negeri kita kaya dengan pendapatan hasilnya, sangup membiarkan sahaja hasil
negeri dibawah ke malaya....
Tetapi - sangup kah kita
bertahan lagi dengan tindakan mereka yang keji dan menyakitkan hati kepada
rakyat Sabah ini....?
Kalau perasaan saya pada waktu ini, besok juga
saya mahu kuasa-kuasa dan pemerintahan diambil alih oleh rakyat Sabah, kerana
sudah tidak tahan lagi dengan taktik kotor mereka buat terhadap rakyat Sabah.
Tambah derita lagi rakyat
Sabah menahan kesakitan didalam hati apabila tercipta lagi satu agency kerajaan
yang di panggil "INSIATIF JTK BUAT UNTUK PENCARI PEKERJAAN " yang
berpusat di UTC... Tetapi yang sedihnya tidak pula dilakasnakan di Sabah dan
Sarawak walaupun Cawangan UTC sudah dibuka sekian lama di Negeri Sabah dan
Sarawak....
Kalau agency kerajaan
tersebut hanya memantingkan rakyat malaya sahaja yang diutamakan untuk dibantu
mendapat pekerjaan, macam mana dengan rakyat Sabah yang tidak mempunyai
pekerjaan, kalau mengikut lapuran yang terbaru dari Jabatan buruh penduduk
negeri Sabah yang berkelulusan / keluaran university rakyat Sabah yang paling
banyak tidak mendapat pekerjaan (mengangur).
Kesimpulannya malaya
hanyalah mempergunakan rakyat Sabah untuk di jadikan 'Batu Loncatan' untuk
dipergunakan mendapat sesuatu dari Negeri Sabah, kalau soal Kebajikan dan
kemajuan untuk Negeri Sabah semuanya egawan sahaja.
Gambar yang tertera bersama
ini, persmian pembukaan satu agency yang baru berpusat di semua Cawangan UTC
Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak tidak terlibat keran ianya dianak tirikan
oleh Pemimpin2 Malaya ... Apa kata orang Sabah diluar sana ...?
No comments:
Post a Comment