The Sabah Insider Online........TUDUHAN MEMBABI BUTA KES RASUAH JABATAN AIR SABAH PERLU DIJAWAB


( Meski tak penting tapi perlu dijawab)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday 14 November 2016

 
BILA saja kes Jabatan Air Sabah heboh soal wang juta-juta  di rumah pejabat Pengarah/timbalan pengarah termasuk di beberapa pejabat DE daerah JAS, maka macai-macai  terus menyebut nama DS Shafie Apdal konon terlibat dan apa lagi seorang CAPTAIN yang tak tahu peraturan TI terus menulis macam2 dan bila yang buta TI membaca seolah tuduhan itu benar.

Lalu saya tampil menjelaskan peraturan TI dan saya katakan yang Menteri bukan pegawai awam dan tidak terlibat dengan kelulusan projek kecuali Najib dan Musa selaku menteri kewangan, maka mereka jadi senyap dan diam.

Hakikat benar semua Menteri di Malaysia TIDAK ADA KUASA meluluskan apa-apa projekpun sebab mereka bukan pegawai awam dan mereka tidak berhak meluluskan projek ta;pi kalau dikata REKOMENDASI itu benar dialui tetapi bukan meluluskan dan itu tidak salah kala semua menteri juga sama bersikap begitu.

Yang hanya berhak meluluskan projek secara NEGO hanyalah Menteri Kewangan Malaysia dan menteri Kewangan Sabah iaitu Najib Razak dan Musa Aman dan mungkin menteri/exco kewangan di Negeri-negeri  lain. Inilah peraturan Treasury Instructions dan kalau ada yang megatakan DS Shafie meluluskan projek itu makna yang berkata RAJA BOHONG dan tidak bercakap benar sebab dia tidak tahu peraturan sebenarnya.
Inilah namanya politik.
 
Bila sesuatu ISU mereka usaha libatkan dan bisa kita tangkis dengan fakta lalu mereka mendiamkan diri dan diusaha lagi cerita lain dengan tujuan usaha memperbodohkan rakyat sebab tidak semua rakyat tahu dan kekadang cara penulisan itu seolah apa yang mereka huraikan itu benar padahal auta.
Kesihan!
kesihan!
kesihan!


No comments:

Post a Comment