CORETAN
SHAMON S JUMADI
Sunday
November 13/2016

Air sungai tersebut sedalam
dua kaki itu airnya cukup bersih warna kebiru-biruan adalah
sebagai tarikan orang ramai untuk singgah sebentar untuk mencunci kereta sebelum meneruskan perjalanan mereka dan kalau di lihat dari beberapa sudut
seolah-olah pesta air kerana pelbagai bangsa berada disungai yang dimaksudkan
itu.
Ini cerita bukan direka-reka
cerita mempunyai reality sejarahnya yang tersendiri memang sukar dilupai setiap
orang yang pernah berada semasa
kejadian anih itu yang hampir meragut nyawa.

Satu hari pada tahun 1989
tiada ribut tiada hujan cuaca memang sangat baik tiba-tiba macam suara curahan
air ketika itu ramai orang sedang dan asyik mencuci kereta masing-masing.
Salah seorang hamba Allah
kini sudah jadi Arwah Mohd Jaafar Tan
yang turut berada disitu terdengar suara
dari arah ulu sungai berkenaan yang lain tidak menghiraukan kedengaran bunyi
bising yang semakin lama suara bunyi bising curahan air itu semakin dekat.
Mujurlah lebih kurang 20
orang yang berada di sungai tersebut setelah mereka ragu-ragu dengar bunyi
suara yang agak ganjil itu mereka satu persatu beredar untuk naik keatas
(darat) untuk mengetahui selanjutnya apa yang akan berlalu.

Lebih kurang 15 minit ramai orang melihat dengan mata kepala mereka sendiri satu gulungan air kabut
bergulung-gulung dibawa arus deras mengalir ke sungai itu hingga menghanyutkan
beberapa buah kereta yang tertinggal
dalam sungai tersebut.
Mujurnya orang ramai yang
ketika berada disitu sempat naik kedarat kalau tidak mungkin mereka jadi mangsa
dihanyutkan oleh gulungan air deras itu yang datang dari ulu sungai berkenaan.
Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa
telah memasang papan tanda sebagai tanda amaran tetapi tiada sesiapa yang menghiraukan
rupa-rupanya kejadian curahan air banjir datang mendadak itu dimana ulu sungai
berkenaan ditimpa hujan lebat itulah menyebabkan banjir diulu. Dan fenomena ini
pernah berlaku juga di Sungai Maliyau.
No comments:
Post a Comment