OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday August
03/2016
HARI ini Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) hubungi saya dan kami bicara macam-macam hal
dan seperti biasa setiap yang dikatakan selalu saya simpan dalam memori kepala
otak saya dan kekadang ada yang terlupa yang barangkali memori tidak mampu
menyimpannya.
Sebelum ini kami bicara soal KEPALA IKAN
yang busuk kepala dan biasa isi/badan termasuk ekor juga busuk dan itu saya
katakan secara sinis penuh hati-hati.
Pagi tadi DSSA menyentuh soal PUMP BOAT dan
kenapa dia dekat dengan pump boat sebab dia anak nelayan yang hidup di tepi
pantai dan tahu membaca irama dan lagu nyanyian laut dan ombak di pantai dan
kesannya dia bicara soal PUMP BOAT itu.
PUMP BOAT ini memang laju dan kekadang
sukar dikejar oleh boat keselamatan negara dan memang PUMP BOAT ini banyak di
Semporna dan biasanya diguna untuk mengangkut penumpang dari satu pulau ke satu
pulau atau tanah besar dan dari segi keselamatan memang PUMP BOAT bukan saja
laju tetapi selamat tak mudah karam.
Nah, merujuk apa yang saya jelaskan jelas
PUMP BOAT itu memang dijadikan alat untuk kebaikan semua orang.
Lalu, disebalik demi kebaikan itu ada pula
yang salah guna dan akhirnya ianya digunakan untuk mencuri, merompak, melanun
di tengah lautan dan ini tentunya salah sebab apa saja perbuatan namanya
merompak dan melanun itu tetap salah dan semua orang benci tak suka.
Kalaulah sang lanun itu tertangkap kesan
merompak tadi di tengah lautan, maka sekaligus bukan saja yang merompak kena
tangkap malah PUMP BOAT itu sendiri akan dirampas, disita dan dijadikan bahan
bukti untuk bicara di Mahkamah dan sekaligus PUMP BOAT itu dianggap subahat
yang menyebabkan perompak bisa bergerak secara pantas dan memudahkan.
Nah, terkait kasus UMNO jelas dua kali lima
dan lima kali dua ceritanya bila membicarakan hal PUMP BOAT tadi.
UMNO sekadar perlembagaan didaftar di ROS
dan visinya jelas baik dan itu sama juga dengan parti2 lain di Malaysia sebab
tidak mungkin ROS melulus daftar jika visinya mencuri rampok dan melanun.
Jadi dasar/visi/misi UMNO itulah yang
menjadi pedoman buat presiden, Naib presiden dan semua ahli-ahli UMNO dan apa
saja visi dalam perlembagaan yang ROS lulus itu haruslah ditaati dan sesiapa
yang tidak perpandukan apa yang diterangkan dalam visi makna yang berkenaan
dianggap pengkhianat.
Ramai yang kritik dan katakan DSSA itu tidak
mengenang budi dan namanya naik kerana UMNO dan konon asyik memburuk-burukkan
UMNO serta segala macam tuduhan. Sebenarnya tuduhan itu agak liar dan tidak
melihat menyeluruh.
Sayangnya DSSA terhadap UMNO itu tidak
boleh dipertikai sebab kesan DSSA sendiri terlibat dalam usaha memulakan
kegiatan UMNO di Sabah sejak 30 tahun lalu dan ketika itu Salleh Said, Rahman
dan pandikar serta yang lain belum tahu apa-apa lagi ketika itu malah ada
antara mereka baru saja belajar berpolitik sepertinya Rahman Dahlan.
UMNO yang dulu bawah Tungku Abdul Rahman,
Tun Razak hingga ke Mahathir sama sekali beda sangat.
Mereka berjuang untuk negara bangsa serta
seluruh rakyat. Mereka tidak membina kekayaan diri dan tidak merampok, melanun
harta negara bangsa sebalik yang kita lihat sekarang seolah mereka bermaharaja
dan kesan lupa diri mereka lupa rakyat jelata, itu seolah khazanah negara
bangsa milik rakyat menjadi milik mereka sendiri punya rumah seperti istana dan
ninja kereta mewah berbaris di halaman rumah.
Ketika mereka lupa diri dan menjadi orang
yang maha berkuasa, maka akhirnya sesiapa saja yang menentang baik di peringkat
bahagian, negeri dan kebangasaan akan dituduh sebagai pengkhianat parti dan
orang itu pasti dipecat.
Apakah menegur itu satu kesalahan? Kenapa
saja setiap teguran tidak diambil perhatian, tidak disiasat dan akhirnya
perompak terus merompak dan melanun itu seolah semacam budaya dalam UMNO dan
akhirnya itu semacam sesuatu yang tidak salah bila mana menjadi orang kuat
UMNO, tetapi tidaklah semua demikian sikap kalangan ahli-ahli UMNO. Memang
masih ramai yang baik dalam UMNO.
Untuk menilai seorang pemimpin rasanya naik
bukan kerana parti tetapi kerana kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin
itu sendiri dan kenyataan Armizan mengatakan DSSA ke atas kerana orang-orang
UMNO tetapi jangan lupa yang mengundi DSSA dan menyebabkan duduki kerusi ketua
bahagian dan Naib Presiden UMNO mahukan DSSA suarakan yang benar dan bukan
menipu, bohong dan pencuri.
Itu satu amanah yang harus dipikul oleh
DSSA berdasarkan kepercayaan rakyat, sebalik atasan tidak menjalankan tugas
malah memecat/gantung DSSA yang mewakili rakyat yang menaruh kepercayaan.
Apalah rakyat/pengundi yang memberi kuasa
terhadap DSSA seharusnya akur saja perintah seorang Najib meski perintah itu
salah?
Jika DSSA akur apa saja perbuatan yang
mungkar macam menteri-menteri lain dari
Sabah, maka itu jelas pengkhianat rakyat dan DSSA tidak akan sekongkol dengan
perbuatan yang memang salah.
Kesan DSSA nampak semua perkara dan sudah
disuarakan di kabinet malah tidak peduli maka terpaksa melakukan cara lain dan
kesannya apa yang kita tahu dan maklum.
Cuba saja diri kita berada di situasi yang
dimakudkan, apa saja tindakan yang kita lakukan dan apakah kita mahu bersubahat
bakal ditanya di mahkamah Allah nanti.
Jadi, keluarnya DSSA bukan kerana tidak
cintakan UMNO, bukan tidak sayang UMNO sebalik kerana unsur-unsur PUMP BOAT itu
tadi dan tentunya rakyat lebih tahu akan hakikat ini.
No comments:
Post a Comment