OLEH:
POPO RINA
www///sabahinsider14.blogspot.
Wednesday
August 03/2016
DATUK Seri Shafie Apdal menggesa rakyat Sabah
menolak Umno dalam pilihan raya depan dan mengingatkan mereka tidak akan mati
walaupun parti pemerintah tersebut tidak dipilih.
Bekas Naib Presiden Umno
itu berkata ia bukan suatu perkara mustahil untuk menumbangkan Umno dan Barisan
Nasional di Sabah, tetapi rakyat Sabah perlu berani melakukan perubahan jika
mahu melihat kemajuan dan pembangunan di negeri tersebut.
“Tak ada yang mustahil
dalam politik kalau rakyat bersatu. Yang tentukan kerajaan di Sabah ialah
rakyat Sabah.
“Negeri
kaya tapi rakyat miskin, kita ada tanaman kelapa sawit antara terbesar di
Malaysia, pelancongan yang bagus. Tapi negara kaya, rakyat miskin, pemimpin
jutawan.
“Tak mustahil kita akan
tumbangkan BN di Sabah,” kata Shafie semasa berucap merasmikan Majlis Irau
Rakyat di Tenom, Sabah hari ini.
Sebelum berucap Shafie
terlebih dahulu melaungkan slogan ‘Sabah Ubah’ sambil disambut oleh ribuan
hadirin yang hadir pada majlis berkenaan.
Malah, terdapat juga poster
yang dibawa oleh orang ramai yang bertulis ‘Ubah Sabah demi masa depan rakyat
Sabah’ dan ‘Untuk Sabah kita bangun, demi rakyat kita lawan’.
Selain itu, bekas menteri
kabinet itu juga menyangkal dakwaan bahawa sekiranya BN tidak lagi menjadi
pemerintah, sesebuah negeri itu akan ‘mati’.
“Ingat kita mati ke kalau
tak ada Umno? Di Kelantan Umno tak ada (tak memerintah) nak dekat 20 tahun,
orang Kelantan masih hidup. Di Selangor, hampir 10 tahun kerajaan Pakatan
memerintah, tak pernah saya dengar orang Melayu, Cina mati.
“Mana ada yang mati. Yang
mati mungkin yang mahu kaya, mereka mati akal.
“Walaupun saya anak orang
kampung, saya sudah 30 tahun berkhidmat di Kuala Lumpur, dan saya tadbir kementerian.
Masakan saya bodoh tak
boleh tadbir negeri Sabah. Saya tadbir satu kementerian dengan peruntukkan RM15
bilion setiap tahun.
“Ini Sabah (peruntukkan)
baru RM3 bilion, takkan saya tak boleh tadbir. Jangan kata saya tidak layak
untuk tadbir negeri ini,” kata bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
itu dengan lantang.
Shafie mengumumkan keluar
dari Umno selepas beliau digantung keahlian daripada parti itu.
Ia ekoran tindakannya yang
dilihat bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan
perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas menteri besar Kedah Datuk
Seri Mukhriz Mahathir yang lantang bersuara mengenai isu skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
No comments:
Post a Comment