OLEH: BERKUDIS A/L
BERPEKONG
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday August
03/2016
Gambar Kelihatan…….Zakaria (kanan) meninjau kerja-kerja
membina semula rumah Siti Terpilih di Kampung Gum Gum yang sedang dilaksanakan
GUM-GUM:- Seorang ibu tunggal
menzahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membantu membina
semula rumah beliau di Kampung Gum Gum.
Kerja-kerja pembinaan kini giat dilaksanakan oleh pekerja
sebuah kontraktor di atas tapak asal rumah papan milik Siti Terpilih Pentah
yang sebelum ini dalam keadaan daif.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk
Zakaria Haji Mohd Edris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum
telah membuat tinjaun untuk melihat sendiri kerja-kerja tersebut serta berjumpa
dengan Siti dan keluarganya kelmarin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Kerajaan dan juga Datuk Zakaria atas
keprihatinan mereka terhadap masalah kami,” kata ibu tunggal yang berusia
46 tahun itu kapada media ketika lawatan Zakaria ke perkampungan berkenaan.
Siti yang mempunyai tujuh orang anak, telah menetap di
kampung berkenaan sejak beliau dilahirkan pada tahun 1970. Enam dari anaknya
kini berada dibangku sekolah dan beliau berjual makanan untuk sara hidup
setelah suaminya meninggalkan beliau serta anak-anak mereka.
Masalah yang dihadapi Siti Terpilih Pentah dan keluarganya
mendapat perhatian dari Zakaria yang telah berjumpa dengan beliau pada bulan
Mac lepas.
Sementara itu, Zakaria memberitahu bahawa kos membina semula
rumah papan untuk Siti yang berjumlah lebih kurang RM 20,500 adalah peruntukkan
dari Kerajaan Negeri dan FELCRA.
Menurut Zakaria, rumah asal Siti yang daif telah dirobohkan
melalui gotong royong pihak Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar dengan kerjasama
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
“Manakala kerja-kerja membina semula rumah pula kini sedang
dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak asal,” tambah beliau.
Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN
Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan DUN Gum Gum Rosly Aziz serta kakitangan
UPPM DUN Gum Gum dan pemimpin masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment