RAKYAT PULAU PINANG-KELANTAN DAN SELANGOR TANPA UMNO/BN ORANG-ORANG MELAYU TAK JUGA MATI KELAPARAN… DAKWA SHAFIE.



OLEH: AZMIE AZMAN (SEMPORNA)
www///sabahinsider14.blogspot.com
Khamis Ogos 04/2016


SEMPORNA:- (Khamis) Datuk Seri Shafie Apdal  balik Kampung Lancar Kempen Gulingkan BN,Bakal Umum Parti Baru.ujarnya lagi,melayu di kelantan, Penang dan Selangor.melayu tidak mati tanpa umno.walaupun di tiga negeri tersebut di bawah pemerintahan parti  Pembangkang .

Contoh di Pulau Pinang dua penggal DAP memegang tampuk pemerintahan  ditadbir 65 peratus bangsa cina orang-orang Melayu  di Pinang tidak juga mati kebularan tanpa  Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sebab system pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang terajui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua  Menteri berlaku adil saksama tidak kiranya bansa Cina-Melayu dan India mendapat hak yang sama rata.

Bukan macam system kerajaan BN/UMNO yang ditadbir oleh Najib orang-orang Cina dan India semakin hari semakin tertekan dalam mengharungi kehidupan dan sentiasa dihantui oleh ketakunan dengan rejim kuku besi UMNO yang sikit-sikit buat laporan Polis.

Kita sambunan semula cerita tentang pergolakan UMNO sekarang, selepas menolak jawatan timbalan presiden parti baru proksi Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal kini memulakan menggulingkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO  dari Sabah.

Shafie sebelum ini menyatakan beliau menolak jawatan berkenaan kerana ingin pulang ke kampung halamannya namun kepulangannya ke Sabah sebenarnya adalah untuk melancarkan kempen anti-BN di negeri berkenaan.

Berucap dihadapan penyokongnya  dibeberapa kawasan antaranya Kota Belud-Papar Kemabong  Membakut dan Tuaran Shafie menggesa rakyat Sabah tidak berjuang keluar dari Malaysia tetapi berusaha menumbangkang BN dan UMNO.

“Persoalan kita keluar dari Malaysa tidak berbangkit, sebenarnya hak kita yang berbangkit.
“Kita kena bersatu dan berpadu untuk tumbangkan BN di negeri Sabah ini,”ujar beliau ketika berucap di hadapan 5,000 penyokongnya dalam majlis sambutan Hari Raya di Kampung Brunei Membakut baru-baru ini.


Katanya, rakyat Sabah perlu memastikan BN tidak terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Yang menentukan kuasa di negeri ini adalah rakyat Sabah.

“Apa guna ada parti lokal tetapi jadi kuda tunggangan. Cukuplah kali ini…ini kalilah…jangan jual tangan ini. Tidak perlu dibeli dan jangan jual undi. Undilah parti yang kita akan tubuhkan nanti,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.

Tambahnya, parti baru tersebut akan diumumkan bila-bila masa dari sekarang sehingga tarikh pilihan raya akan datang.

“Orang Melayu bumiputera di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada Umno.
“Di Kelantan sudah 25 tahun Pas pegang tidak pun mati orang Melayu di situ.

“DAP pegang dua penggal di Pulau Pinang, Lim Guan Eng jadi Ketua Menterinya, tidak mati orang Melayu.

“Di Selangor dua penggal PKR perintah, tidak mati orang Melayu di situ.

“Yang pecat, gantung dan matikan orang Melayu ialah orang Melayu dalam Umno,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment