KONVOI SEMANGAT (SPIRIT) OF 1963




Oleh E Soraya Kigis
www///sabahinsider14.blogspot.com
Saturday August 06/2016

BENARKAH  Malaysia Barat selama ini memandang Malaysia Timur sebagai tanah jajahan tidak setaraf rakan kongsi sebagai mana hasrat pembentukan Gagasan Malaysia?
Proses waktu berjalan terus selama 52 tahun bersama Malaysia Barat mengharungi pahit maung membangunkan negara dengan keringat dan air mata dengan harapan duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Kesedaran watan watan Timur melihat betapa negeri mereka ketinggalan jauh berbanding dengan Barat dari semua aspek, maka sebagai insan mempunyai naluri timbul kesedaran menuntut kesamarataan, keadilan sosial dan kekayaan negara dibahagi sama rata bukan hanya melahirkan jutawan di Barat tapi di Timur dibiarkan negeri yang termiskin.
Malaysia memyambut hari kebangsaan bertemakan"Sehati Sejiwa" manakala Sabah menyambut Kemerdekaannya menerusi Malaysia ke 52 dengan Slogan 'Spirit of 1963".
Sambutan Sabah Day adalah kemuncak kesedaran rakyat Sabah terhadap hak hak mereka selama ini diabaikan.
Dijangka akan disertai oleh puluhan NGO dan parti parti gabungan politik tempatan dan ribuan rakyat Sabah .
Acara kemuncak Sabah Day konvoi Spirit of 1963 dari Zon Utara, Pedalaman, Pantai Timur, Pantai Barat Tengah dan Pantai Barat berakhir di Kundasang - Ranau.
Sebagai rakyat Sabah yang berintergriti jangan cemarkan kemuncak acara ini jalankan selaras prosedur dan mengikut garisan panduan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan yang berwajib.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA


No comments:

Post a Comment